Says.com boleh jana duit !!!!


     










   Assalamuaalaikum.. ^^  !


 Ramai yang masih tertanya - tanya kan ape benda Says.com tu ?

Sebenarnya Says.com tu kiranya macam Churp-Churp . Dia akan bayar korang setiap kali ada orang klik link yang korang

 promote .

Bayaran ikut berapa sen yang korang promote . Ada yang 20 sen ada yang rm 1  macam-macam lagi lah

Jangan risau , ni bukan yang macam '
Jurutaip' hantu tu -,- Konon gaji sebulan 1000-3000 . Bhaii , mana ada kerja yang bag

i gaji punya banyak macam tu kalau buat taip data ni . Tu semua tak masuk logik akal .

Says.com ni seriously terjamin ! Jangan risau . Tadi kami baru je join and terbukti memang betul !

Cuma korang kena rajin lah bagi ayat-ayat power punya suruh orang klik link korang tu .

Sekarang ni kami sedang giat mempromote kan link kat twitter dengan Fb :D

Korang jangan ingat tu virus pulak -,- saya ulang lagi sekali . Itu BUKAN virus !!!

Tapi kalau korang nak join Says.com ni , korang kena ada account bank tau .

Kalau tak ada account bank sendiri tak apa :) Mak ayah korang mesti ada kan ?

Bukan ape , nanti macam mana korang nak cashout duit tu ? Mesti korang nak keluarkan en ?

Benda ni seriously sama macam Churp-Churp . Tapi kami pening sikit pakai Churp-Churp tu . Tak faham den -,- Lebih baik 

join Says.com ni

Cara nak daftar senang je . Tak payah nak bayar apa - apa . Free je :)

Firstly korang tekan 
JOINSAYS.COM . Then pergi sign.up .

Lepas dah habis isi borang tu semua , pergi aktive kan account korang kat e-mail korang .

Jangan risau kalau korang tak isi yang pasal payment semua tu . Boleh isi kemudian .

Then korang pilih mana mana kempen yang korang nak promote kan . klik kat gambar tu pastu cati perkataan , ' get my 

unique code ' macam tu lah . Nanti dia keluar macam ni :-

http://says.com/my/iffahsuperb/recommendations/superstar-live

Then, korang promote lah suruh orang tekan link tu untuk korang .

Senang je kan ?

Daftar lah sekarang !                 

~Mengenal Anugerah~ (^__^)


jalan pilihanku :)

Mengenal Anugerah,.

Tinggalkan..,Lillahi Ta’ala

 Mengenalimu satu anugerah Dia untukku,
 Mengenalimu aku seakan-akan kuat dalam hijrahku,
 Mengenalimu aku sedar diriku yang amat banyak lemahnya,
 Mengenalimu jua aku seolah-seolah kerdil yang sangat.
 Adakah dikau yang akan melengkapkan separuh dari agamaku?
 Engkaukah yang bakal menemaniku menuju jalan syurga?


 Adakah dirimu yang dapat menyuluh laluan hijrahku yang terkadang gelap?
 Adakah namamu yang tertulis di luh mahfuz sana untukku ?
 Dirimu atau bukan dirimu untukku?
 Adakah aku tulang rusukmu atau bukan aku?

Jawab pertanyaanku ini.

Jawab!

 Kau takkan pernah dapat menjawabnya,
 Samada YA atau TIDAK
 Takkan dapat diriku mahupun dirimu yang dapat menjawab,
 Kerana  semua ini di tangan-Nya,
 Di tangan Kekasih kita; Allah,Tuhanku dan Tuhanmu.

 Kita hambaNya hanya mampu tertunggu-tunggu dan menunggu,
 Yang sudah tertulis sejak ditiupkan roh,
 Pasti ada yang terbaik untukmu dan aku.
 Yakinlah janji ALLAH.
 Gelisahku memikirkan dirimu,


DOSA…

Dan ketakutanku memikirkan Tuhanku,
Wahai insan yang pernah kukenal,

MAAFKANKU…

Ketakutanku pada Allah ..
melebihi kegelisahanku memikirkanmu.!!
Maka aku tinggalkan,..
Ku yakin jika bukan di dunia,.ia tetap akan hadir di akhirat.
Aku amat takut dosa yang dianggap kecil itu berterus terusan,

Yang seringkali dilihat seperti tiada apa-apa,
Kadang-kadang tangis mengiringi hariku,

JALAN INI KUPILIH !

Amat takut jika aku melebihkanmu daripada Dia,
Bimbang Dia  cemburu padaku,
Risau aku tidak disayangiNya lagi,
Tidak dihiraukanNya lagi,
Sesungguhnya rahmatNya yang aku dambakan,

RedhaNya dalam hidupku,
Bukanlah cinta manusia yang bukan kekal.
Salahkah ada rasa itu?
Kalau diriku bukan untukmu kenapa kami bertemu?
Kenapa ada rasa itu?
Bukankah itu fitrah insaniah?
Memang itu fitrah….!

Bukankah ada pilihan untuk kita?
Maka pilihlah jalan yang diatas syariatNya,
Itulah yang ALLAH pandang.
Malah muliakan,..
Jemput diriku bila waktunya tiba,
Sebelum sampai saat itu, biarkan aku bersama Dia,
Akan kucipta cinta sedalam-dalamnya bersama Dia,

Sebelum hadir cinta yang halal untukku.
Jadilah dirimu kumbang yang hebat terlebih dahulu,
Dan doakan aku agar menjadi bunga yang mekar,
Bunga yang sentiasa di jalan dakwah ,
Bunga yang kuat dalam perjuangkan yang hak,

Untuk itu, Aku tinggalkan dirimu pada-Nya,
Moga dirimu bahagia dan tenang dalam jagaanNya,
Sesungguhnya aku bertawakkal kepada Allah Tuhanku dan Tuhanmu.
Usah tangisi jalan ini,
Jika benar aku tercipta untukmu,

Tiada apa yang dapat menghalangnya,
Walau pedih hatimu meninggalkan,..
Namun manisnya akan terasa dipenghujung,
Sebelum saat itu tiba,
Berdoalah pada Allah moga diberi kekuatan,
Mohonlah padaNya dengan penuh mengharap.

Doaku ada yang jauh lebih baik dariku, jika bukan diriku untukmu.
Rasa benci pada maksiat itu yang kita cari,
Maka yakin jalan ini yang terbaik untuk diriku dan dirimu.!
Diriku bukanlah umpama malaikat,
Yang tak pernah berbuat dosa,
Malah aku jauh lebih teruk masa silamku berbanding dirimu,

Untuk itu aku mohon tolonglah aku untuk mencari redhaNya,
Ayuh,.kita pilih jalan ini !

MAAFKANKU sekali lagi…

Aku hanya manusia biasa..
Yang tak punya apa-apa,
Yang hanya cuba menjadi yang indah di mataNya.,! ;(

Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga) [Surah An Nur: 26]
Sesungguhnya Allah takkan pernah mensia-siakan pengorbananmu, Bilamana kita tinggalkan semua ini kerana Allah semata,Yakinlah! Akan ada sesuatu yang indah untukmu dan diriku di pengakhiran nanti.

Dan sesungguhnya hari kemudian itu lebih baik bagimu,Daripada yang sekarang (permulaan),Dan kelak Tuhanmu pasti memberikan karunia-Nya kepadamu ,Lalu (hati) kamu menjadi puas.[Surah Ad dhuha: 4 & 5]

Beruntunglah kamu!..Tatkala Allah memilihmu untuk menyedari hakikat perhubungan antara lelaki dan wanita adalah HARAM sebelum alam perkahwinan.

Allah memilih dirimu dan diriku ! Jangan pernah sia-siakan kasih sayang Allah ini.,insyALLAH~
Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya. Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu. Dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya [Surah As Syams: 8-10]

 Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan:"Tuhan kami ialah Allah" kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka,Maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan:"Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih;dan gembirakanlah mereka dengan jannah yang telah dijanjikan Allah kepadamu[Surah Fussilat: 30]

Dan tika kamu merasa lemah,Mohonlah kekuatan dari-Nya,Allah itu dekat,.Allah akan bersama hambaNYA yang sabar.
Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu gangguan,Maka mohonlah perlindungan kepada Allah,Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. [Surah Fussilat: 36]

Moga dirimu dan diriku antara intan pilihan ALLAH ,Berdoalah diriku kuat dan tabah untuk menjaga kilauanku,.Berdoalah tiada sang kumbang durjana merosakkannya sebelum yang halal tiba untukku.,Aku juga sentiasa mendoakanmu agar dalam peliharaNya sentiasa.
 *  AL-BAQARAH : 216 *                                                              

kita ada DIA .cukuplah (:

~Kekebalan Iman~


Kekebalan Iman (Mana’ah Imaniyah)


Saat ini dunia sedang berkecamuk dan bergolak, baik di negara yang menolak Islam, begitu juga di negara yang majoritinya menganut Islam. Arus kerosakan dan kefasadan terus subur dan berleluasa. Hatta umat Islam sendiri teraba-raba mencari jalan penyelesaian yang sebenar dalam menghadapi pelbagai mehnah dan ujian. Arus kerosakan itu menerjang dunia kehidupan bermula dengan dunia pendidkan dan keilmuan, ekonomi, politik, budaya dan kenegaraan. Benteng terakhir yang diharapkan iaitu institusi rumah tangga dan kekeluargaan turut di serang dan menjadi longlai dalam membangun modal insan yang dihajati oleh Islam.

Sedarilah wahai umat Islam, serangan bertali arus kerosakan dan kefasadan ke atas peribadi dan umat Islam telah diinformasikan oleh Allah swt dalam Al Quran:

Kemudian pasti aku (syaitan) akan mendatangi mereka dari depan, dari belakang, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakkan mereka bersyukur” (Al –A’raf: 17)

Islam yang hidup berbeza dengan ajaran yang mati, yang hanya dipenuhi dengan rutiniti dan tradisi. Kalau kita jujur dengan kehidupan, kita akan dapati hati kita terlalu banyak berkompromi antara kebenaran dengan kebatilan dan kejahilan. Sering kita mengiringi perbuatan baik dengan kemaksiatan. Bahkan ramai juga yang mengambil mudah dan remeh dengan kemaksiatan yang dilakukan.

Sedangkan Anas r.a pernah berkata kepada sahabat-sahabatnya:

Sesungguhnya kamu kini melakukan beberapa amal yang dalam pandangan kamu itu remwh, sehalus rambut, padahal perbuatan itu dahulunya di masa Nabi saw, kami anggap sebagai perbuatan yang merosak agama.” (Bukhari)

Diriwayatkan oleh Ibn Mas’ud, sesungguhnya Rasulullah saw. bersabda:

Syurga itu lebih dekat kepada salah satu dari kamu dari tali
sandalnya, demikian juga neraka.” (HR Bukhari)

Apa Upaya Kita Semua

Mungkihkan ada kefahaman, pemikiran, perbuatan, tindakan dan amalan yang tidak seiring dengan Islam selama ini telah melekat dalam kehidupan kita yang telah menyebabkan matinya keghirahan dan kemuliaan kita dengan islam, dengan kerja besar yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah saw. dan para sahabat iaitu mendidik(tarbiyah) hati dan menghidupkan Islam dengan melaksanakan dakwah ilallah.
Menghidupkan Islam bererti membawa dan membumikan Islam yang syumul,damai, bahagia dan lengkap dengan keutuhan dan keaslian Islam itu sendiri. Bukan dengan pakej dan kefahaman yang lain. Islam yang bersih adalah Islam yang utuh, tidak diambil hanya sebahagian sahaja yang kita sukai, malahan mempertahankan Islam dengan penuh emosi, serius dan bersungguh.

Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan, sesungguhnya syaitan itu musuh bagimu.” (Al Baqarah: 208)

Sungguh, menghadapi semua serangan pemikiran jahiliah adalah dengan kita kembali kepada Islam yang sebenar. Allah swt menurunkan Islam dan Al Quran adalah untuk dimenangkan ke atas semua ideologi yang ada, baik ideologi barat, ideology syaitan, ideologi hawa nafsu mahupun ideologi ciptaan manusia yang sering diselaputi dan disilapmatakan dengan dalil-dalil ilmiah yang tidak keruan.

Syakhsiyah Muslimah

Hasan Al Hudaibi berkata:

Hidupkan Islam dalam dirimu, nescaya ia akan hidup dalam masyarakatmu.”

Masalahnya sekarang bagaimana kita mahu mengidentitikan Islam dengan diri kita. Rasulullah saw. bersabda,

Ibda’ bi nasfsika”, “Mulailah dari dirimu!”.

Tegakkan peribadi muslim (syakhsiyah muslimah) dalam diri kita merupakan benteng terkuat dalam menghadapi masalah yang muncul. Ini kerana membina syakhsiyah muslimah adalah bersumberkan kepada al Quran dan tarbiyah dari madrasah Rasulullah saw. Usahakan agar tidak ada satu pun ruang dan celah dalam hati, fikiran dan perilaku kita menjadi tempat bersarangnya kejahiliahan.

Imam Ali bin Abi Talib ada berkata:

Siang seperti singa dan malam seperti rahib-rahib yang kusyu’ beribadah kepada Rabb-nya.”

Peribadi muslim yang memiliki syakhsiyah muslimah adalah seorang yang melaksanakan ibadah dengan benar, dihiasi dengan akhlak yang muliadalam lisan dan perilakunya, memiliki kecintaan kepada ilmu-ilmu yang akan meninggikan darjat di sisi Islam serta mengisi waktunya dengan usaha menegakkan Islam walaupun untuk tujuan tersebut dia harus mengorbankan harta dan waktunya, diri dan keluarganya.

Mana’ah Imaniyah

Peribadi aktif seperti inilah yang memiliki bekal kekebalan iman (mana’ah imaniyah) sehingga tidak hanya mampu bertahan menghadapi segala serangan jahiliah dari musuh Islam, tetapi juga mampu menghancurkan dan melawan pengaruh jahiliah tersebut.
Kini, mahu atau tidak kita menerapkan sikap Islam itu. Al Quran suci ada di hadapan kita, sunnah Rasul yang mulia mampu kita pelajari dan ikuti, bahkan petunjuk para salafussolihin dan ulama’ muktabar juga boleh kita ikuti, persoalannya, bila hendak kita mulai langkah pertama menghampiri syurga Ilahi.