BILAL DAN PENDERITAANNYA

Bilal r.a.hu adalah salah seorang daripada sahabat-sahabat Nabi Muhammad s.a.w. yang paling terkenal. Dia merupakan muazzin atau juru azan di Masjid Nabi. Dia merupakan seorang hamba Habshi yang dimiliki oleh seorang kafir di Mekah. Pengislamannya telah menimbulkan kemarahan yang tidak keruan didalam hati pemiliknya. Dia pun diazabkan tanpa perikemanusiaan. Umayyah bin Khalaf, pemusuh ISLAM yang terkemuka yang memiliki Bilal akan membaringkannya atas pasir yang panas membakar serta meletakkan batu besar diatas dadanya sehingga ia tidak dapat menggerakkan tulangnya yang lapan kerat. Kemudian berkatalah Umayyah kepada Bilal:"Tinggalkanlah agamamu. Kalau tidak matilah kamu dalam kepanasan matahari yang tegak."

Bilal menjawab dengan berkata:"Ahad"-(Tuhan Yang Esa)-"Ahad-(Tuhan Yang Esa)."

Pada waktu malam ia didera dengan cemeti sehingga badannya luka. Pada waktu siang pula, dia dibaringkan diatas pasir yang panas. Tuannya berharap yang ia akan meninggalkan agamanya atau pun mati akibat luka-luka dibadannya. Namun demikian Bilal masih tetap dengan pendiriannya yang teguh. Umayyah, Abu Jahal dan pengikut-pengikut mereka menyiksa Bilal secara bergilir-gilir. Akhirnya Abu Bakar telah menebuskannya dan dari sejak itu hiduplah ia sebagai seorang Muslim yang bebas. Semenjak ia dibebaskan, dia sentiasa berdampingan dengan Nabi Muhammad s.a.w. sehingga Baginda s.a.w. wafat. Selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w., Bilal pun meninggalkan Kota Madinah.

Pada suatu ketika dia telah melihat Nabi Muhammad s.a.w. dalam mimpinya. Berkata Nabi Muhammad s.a.w. kepada Bilal: "Wahai Bilal, mengapakah kamu tidak melawatku?"

Sebaik-baik sahaja dia bangun dari tidurnya, dia pun bersiap-siap untuk berangkat ke Madinah. Setibanya dia dikota itu dia telah berjumpa dengan Hassan dan Hussain, cucunda Nabi Muhammad s.a.w. Mereka menyuruh dia berazan.Permintaan orang yang dicintainya itu tidak dapat ditolak. Apabila suara Bilal berkumandang diruang angkasa Kota Madinah, penduduk-penduduknya pun tanpa segan dan silu menghamburkan air mata mereka kerana teringat zaman keemasan yang telah mereka lalui semasa hidupnya kekasih mereka Nabi Muhammad s.a.w. Sekali lagi Bilal telah meninggalkan Kota Madinah dan akhirnya meninggal dunia di Damsyik pada tahun Hijiriah yang ke dua puluh

Cinta? Indahnya...tapi Bagaimana?

Adalah sesuatu yang amat perlu untuk seseorang itu memulakan mukadimah cinta dengan mengurat. Apakah hukum mengurat dan bercinta dalam Islam? Apakah dibenarkan seorang lelaki muslim berbual dengan perempuan muslim?. Semua persoalan ini mungkin bermain-main dibenak fikiran remaja muslim yang sangat menitikberatkan ajaran Islam. Bagi sahabat remaja muslim yang kurang mengambil berat persoalan ini, mungkin mereka akan mengunakan formula “pakai bedal sahaja”. Salah tanggapan dan silap fahaman terhadap persoalan ini boleh mewujudkan konflik dalam diri remaja muslim.

Secara kasarnya ada sesetengah ulama menganggap mengurat dan bercinta itu halal tetapi kebanyakkan ulama yang lain pula menganggap haram. Bagaimanapun dikalangan ulama Fekah terdapat beberapa orang ulama yang merupakan pencinta yang hebat seperti Daud az-Zahiri yang merupakan imam Mazhab az-zahiri.

Sebenarnya mengurat dan bercinta sama-sama penting dalam kehidupan. Tiada siapa yang dapat lari daripada mengurat dan bercinta termasuk mereka yang bercinta selepas berkahwin. Hal ini kerana mereka yang bercinta selepas berkahwin akan melihat bakal isteri sebelum diijabkabulkan.

Selain itu jika cinta dianggap sebagai mukadimah kepada perkahwinan, maka mengurat pula dianggap sebagai mukadimah kepada bercinta. Kedua-dua ini berkait antara satu sama lain kecuali bagi mereka yang berkahwin atas pilihan keluarga.

Mengurat dan bercinta dianggap berguna jika ia membawa kepada kebaikan. Sebagai contoh mengurat dan bercinta yang disusuli dengan perkahwinan dan mendirikan rumah tangga adalah berguna kerana ia membawa kebaikan. Dari sini terbentuk pula keluarga dan daripada keluarga ini terbentuk pula masyarakat seterusnya negara.Tidakkah dalam konteks ini mengurat dan bercinta tepat dengan ajaran Islam? Jawabnya ia memang bertepatan dengan ajaran Islam kerana manusia yang diamanahkan Allah sebagai khalifah di muka bumi ini perlu meneruskan survival sehingga ke hari kiamat. Kemungkinan jika manusia tidak mengurat dan bercinta, kita akan pupus di dunia seperti pupusnya dinasour dan ini sudah tentu menyalahi amanah Allah itu.

Namun dari sudut lain, mengurat dan bercinta dianggap tidak berguna dan tidak membawa kepada kebaikan. Mengurat dan bercinta seperti ini tidak menjadi mukadimah kepada perkahwinan sebaliknya mukadimah kepada melahirkan anak luar nikah atau mencampakkan anak yang tidak berdosa ke dalam tong sampah dan longkang.

Mengurat dan bercinta seperti ini dilarang dan diharamkan dalam Islam. Selain itu perlu diingatkan juga bahawa tindakan seseorang itu mengurat dan bercinta itu biasanya bertitik tolak daripada perasaan dan emosi, maka dengan itu mudah sekali terjerumus dalam perkara-perkara yang tidak baik. Oleh itu sesiapa sahaja yang berhadapan dengan ajakan perasaan dan emosi untuk mengurat dan bercinta perlu berusaha sedaya upaya mengunakan kewarasan akal.
Malah sebagai seorang muslim kita juga perlu mengelak daripada konteks fizikal atau luaran yang boleh mencetuskan keghairahan seks yang seterusnya menyebabkan berlaku perlanggaran hukum Allah iaitu perzinaan. Dalam hal ini adalah amat perlu setiap individu muslim berpegang kepada tanggugjawab menjaga dan memelihara aurat kerana persoalan keghairahan seks mempunyai hubung kait yang amat besar untuk berlakunya perzinaan.

Bagi mengelak daripada perkara-perkara terkutuk ini berlaku, panduan rasulullah perlu dipatuhi. Baginda melarang orang Islam supaya jangan melampau dalam mengurat. Malah baginda menyuruh mereka bercinta kerana Allah iaitu mencintai orang yang dikasihi kerana Allah.

Terdapat beberapa riwayat menceritakan Nabi Muhammad s.a.w membenarkan hamba menyanyikan lagu mengurat dipanggil ghazl. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Majah, Rasulullah menyuruh Aisyah menghantar seorang hamba yang pandai menyanyi lagu ghazl kepada pengantin kaum Ansar yang menjadi kerabat Aisyah. Ini kerana menurut Nabi, kaum Ansar ada keramaian termasuk mendendangkan lagu-lagu ghazl. Baginda berkata : Sesungguhnya kaum Ansar adalah kaum yang ada pada mereka ghazl. (Ibnu Majah. Hadis No 1890)

Ghazl bermaksud mengurat tetapi ghazl dalam beberapa hadis nabi bermaksud mendendangkan lagu-lagu cinta yang sunyi daripada kata-kata baik dan sebagainya. Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh al-Bukhari,muslim dan lain-lain, Rasulullah menginggatkan supaya seorang penyanyi keluarga baginda bernama Anjasyah supaya jangan terlalu melampau mendendangkan lagu-lagu yang memperkatakan tentang mengurat dan bercinta.

Dato Dr Mashitah Ibrahim, penolong profesor di Jabatan al-Quran dan Sunah, Kulliah Ilmu Wahyu dan Warisan Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) memberi penjelasan mengenai cinta. Cinta ujarnya sering dikaitkan dengan barat atau Bollywood tetapi sebenarnya orang terlupa bahawa pokok persoalan cinta merupakan matlamat asasi dalam Islam.

Islam adalah agama yang membawa matlamat cinta. Cinta kepada Allah, cinta pada rasul, cinta kepada negara dan cinta sesama manusia. Sebab itulah rasulullah menekankan dalam mendidik anak-anak daripada kecil lagi diterapkan soal cinta. Dalam sebuah hadis, Nabi bersabda: tanamkan dalam diri anak-anak kamu cintakan Allah, cintakan Rasul, cintakan ahli keluarga Rasulullah dan cintakan membaca Al-Quran.

Ini menunjukkan cinta itu suatu yang penting diterapkan dalam diri setiap muslim sehinggakan Nabi s.a.w bersabda bahawa tidak masuk syurga sehingga kamu belajar cinta-mencintai diantara satu sama lain.

Remaja bercinta jelas beliau bukan suatu perkara yang melanggar fitrah. Ia satu fitrah tetapi perlu diaturkan bagaimana cara mereka bercinta. Cinta tidak boleh berdasarkan emosi semata-mata, REMAJA mesti ada rasa tanggungjawab.

Perihal Yahudi a.k.a Zionis

Sebuah Sinagog di Plzeň, Republik Czech dengan lambang "Bintang Daud"
Teras kepercayaan penganut agama Yahudi ialah wujudnya Yahwe yang Esa, pencipta dunia yang menyelamatkan bani Israel dari penindasan di Mesir, menurunkan undang-undang Yahwe (Torah) kepada mereka dan memilih mereka sebagai cahaya kepada manusia sejagat.
Penganut Yahudi percaya Yahwe telah membuat perjanjian dengan Nabi Ibrahim bahawa beliau dan cucu-cicitnya akan diberi berkat sekiranya mereka kekal beriman kepada Yahwe. Perjanjian ini kemudiannya diulangi oleh nabi-nabi Ishak dan Yakub. Oleh sebab nabi-nabi Ishak dan Yakub ialah dari bangsa Yahudi, mereka percaya merekalah bangsa pilihan (Chosen One). Penganut Yahudi dipilih untuk melaksanakan tugas-tugas dan tanggungjawab-tanggungjawab khas, seperti mewujudkan masyarakat yang adil dan saksama dan berkhidmat kepada Tuhan. Sebagai balasan mereka akan menerima kecintaan serta perlindungan Yahwe. Yahwe kemudiannya menganugerahkan mereka sepuluh perintah yang sekarang dikenali sebagai Sepuluh Perintah Yahwe (Ten Commandments) melalui ketua mereka Nabi Musa, yang mereka anggap sebagai seorang Putera.
"Sinagog" merupakan pusat masyarakat serta keagamaan yang utama dalam agama Yahudi, manakala Rabbi ialah mereka yang pakar dalam hal-hal keagamaan.

Notis Ad-Din

renungkan..

1. Pertama urusan yang ditanyakan pada hari akhirat nanti ialah mengenai solat dan mengenai urusan suaminya (apakah ia menjalankan kewajibannya atau tidak).

2. Apabila lari wanita dari rumah suaminya tidak diterima solatnya sehingga kembali ia dan menghulurkan tangannya kepada suaminya (meminta ampun).

3. Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.

4. Sebaik-baik wanita ialah tinggal di rumah, tidak keluar kecuali atas urusan yang mustahak. Wanita yang keluar rumah akan dipesonakan oleh iblis. Sabna Nabi s.a.w. : Perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar mendongak syaitan memandang akan dia.

5. Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanitayang halal nikah kecuali dalam urusan menuntut ilmu dan berjual beli).

6. Diriwayatkan bahawa pada suatu hari ketika Rasulullah s.a.w. bersama isteri-isterinya (Ummu Salamah r.ha. dan Maimunah r.ha.), datang seorang sahabat yang buta matanya (Ibnu Maktum) Rasulullah s.a.w. menyuruh isteri-isterinya masuk ke dalam. Bertanya Ummu Salamah, "Bukankah orang itutidak dapat melihat kami, Ya Rasulullah ?" Rasulullah s.a.w. menjawab,"Bukankah kamu dapat melihatnya."

7. Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami dan mahramnya) adalah seumpama gelap-gelita pada hari Qiamat tiada Nur baginya.

8. Mana-mana wanita yang bermasam muka menyebabkan tersinggung suaminya, maka wanita itu dimurkai Allah sehingga ia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya.

9. Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat kalau suaminya ada dirumah serta tidak seizinnya dan tidak boleh memasukkan seseorang lelaki ke rumahnya dengan tidak seizin suaminya.

10. Hendaklah isteri berpuas hati (redha) dengan suaminya yang telah dijodohkan oleh Allah, samada miskin atau kaya.

11. Perempuan tidak berhak keluar dari rumahnya melainkan jika terpaksa (kerana sesuatu urusan yang mustahak) dan ia juga tidak berhak melalui jalan lalu lalang melainkan ditepi-tepinya.

12. Apabila memanggil lelaki akan isterinya ke tempat tidur tetapi ditolaknya hingga marahlah suaminya, akan tidurlah wanita itu dalam laknat oleh malaikat ke pagi.

13. Wanita-wanita yang menggunakan lidahnya untuk menyakiti hati suaminya, ia akan mendapat laknat dan kemurkaan Allah, laknat malaikat juga laknat manusia sekalian.

14. Tidak harus seseorang manusia sujud kepada manusia dan jika diharuskan, maka akan aku perintahkan semua kaum wanita sujud pada suaminya kerana membesarkan dan memuliakan hak-hak suami mereka.

15. Wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya pada hari Qiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat kebelakang tengkoknya.

16. "Aku lihat api neraka, tidak pernah aku lihat seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakkan ahli neraka ialah wanita." Rasulullah s. a. w. ditanyai, "Mengapa demikian Ya Rasulullah?" Jawab Rasulullah s. a. w. "Wanita mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ehsannya. Jika engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum rasa berpuas hati dan cukup."

17. "Kebanyakkan ahli neraka adalah terdiri dari kaum wanita." Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka, "Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir ?" Jawab Nabi s. a. w. "Tidak, mereka ini ialah mereka yang tidak bersyukur akan nikmat suaminya, sesungguhnya tiap-tiap seorang kamu adalah dalam nikmat suaminya."

18. Keadaan wanita 10 kali ganda seorang lelaki di dalam neraka dan 2 kali ganda seorang lelaki di dalam syurga.

19. "Kebanyakkan wanita itu adalah isi neraka dan kayu api." Hazrat Aishah bertanya, "Mengapa wahai Rasulullah s.a.w.?" Jawab Rasulullah s.a.w:
i) Kerana kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi kesusahan, kesakitan dan cubaan seperti kesakitan melahirkan anak, mendidik anak-anak dan melayani suami serta melakukan kerja-kerja rumah.

ii) Tiada memuji (bersyukur) di atas kemurahan Allah yang didatangkan melalui suaminya. (Jarang terdapat orang perempuan yang mahu mengucapkan terima kasih di atas pemberian suaminya.)

iii) Sering mengkufurkan (engkar) terhadap nikmat Allah. (Contohnya :Apabila berlaku sesuatu pertengkaran ada isteri yang berkata sudah 10 tahun kahwin dengan awak tidak ada apa-apapun.)

iv) Gemar bercakap perkara yang sia-sia yang berdosa. (Contohnya :bercakap mengenai perabot-perabot rumah yang tidak perlu dan mengumpat.)

v) Kurang akal dan kurang ilmu pengetahuannya dalam agama iaitu mereka sering tertipu atau terpengaruh dengan pujuk rayu lelaki, rakan- rakan, alam sekeliling dan suasana serta kemewahan lahiriah.

20. Dari Ali bin Abi Talib r. a. : Aku dengar Rasulullah s. a. w. bersabda, " Tiga golongan dari umatku akan mengisi nereka jahanam selama 7 kali umur dunia. Mereka itu adalah :-
a. Orang yang gemuk tapi kurus
b. Orang yang berpakaian tetapi telanjang
c. Orang yang alim tapi jahil

* Adapun yang gemuk tapi kurus itu ialah wanita yang sihat tubuh badannya tetapi kurang ibadat.

* Orang yang berpakaian tetapi telanjang ialah wanita yang cukup pakaiannya tetapi tidak taat agama.

* Orang yang alim tapi jahil ialah ulamak yang menghalalkan yang haram kerana kepentingan peribadi.

21. Asma' binti Kharizah Fazari r.ha. diriwayatkan telah berkata kepada puterinya pada hari perkahwinan anaknya itu, "Wahai anakku, kini engkau akan keluar dari sarang di mana engkau dibesarkan. Engkau akan berpindah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenali. Itulah suami mu. Jadilah engkau tanah bagi suami mu (taat perintahnya) dan ia akan menjadi langit bagi mu (tempat bernaung). Jadilah engkau sebagai lantai supaya ia dapat menjadi tiangnya. Jangan engkau bebani dia dengan berbagai kesukaran kerana itu akan memungkinkan ia meninggalkan mu. Kalau ia mendekatimu, dekatilah ia dan jika ia menjauhi mu maka jauhilah ia dengan baik. Peliharalah benar-benar suami mu itu akan hidungnya, pendengarannya, matanya dan lain-lain. Janganlah pula ia mendengar melainkan yang enak dan janganlah ia melihat melainkan yang indah sahaja pada dirimu.

22. Pesanan Luqman kepada anaknya, "Sepanjang hidupku, aku hanya memilih 8 kalimah dari pusaka para Nabi yang lalu iaitu :-
a. Apabila engkau sedang solat kepada Allah s. w. t. maka jagalah baik- baik fikiranmu.
b. Apabila engkau berada di rumah orang lain, maka jagailah pandanganmu.
c. Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis maka jagalah lidah mu.
d. Apabila engkau hadir dalam jamuan makan maka jagalah perangai mu.
e. Ingat kepada Allah s. w. t.
f. Lupakan budi baik mu pada orang lain.
g. Lupakan semua kesalahan orang lain terhadapmu.
h. Ingat kepada mati

23. Perkara-perkara yang menjadikan wanita itu derhaka kepada suaminya seperti tersebut di dalam kitab Muhimmah :-
a. Menghalang suami dari bersuka-suka dengan dirinya samada untuk jimak atau menyentuh mana-mana bahagian tubuhnya.
b. Keluar rumah tanpa izin suami samada ketika suami ada di rumah atau pun tidak.
c. Keluar rumah kerana belajar ilmu yang bukan ilmu Fardhu Ain. Dibolehkan keluar untuk belajar ilmu Fardhu Ain jika suaminya tidak mampu mengajar.
d. Enggan berpindah (berhijrah) bersama suaminya.
e. Mengunci pintu, tidak membenarkan suami masuk ke rumah ketika suami ingin masuk.
f. Bermasam muka ketika berhadapan dengan suami.
g. Minta talak.
h. Berpaling atau membelakangi suami ketika bercakap.
i. Menyakiti hati suami samada dengan perkataan atau perbuatan.
j. Meninggalkan tempat tidur tanpa izin.
k. Membenarkan orang lain masuk ke dalam rumah sedangkan ia tidak disukai oleh suaminya.

24. Wajib bagi wanita :-
a. Mengekalkan malu pada suaminya.
b. Merendahkan (menundukkan) mata ketika berpandangan.
c. Mengikut kata-kata dan suruhannya.
d. Dengar dan diam ketika suami berkata-kata.
e. Berdiri menyambut kedatangannya.
f. Berdiri menghantar pemergiannya.
g. Hadir bersamanya ketika masuk tidur.
h. Memakai bau-bauan yang harum untuk suaminya.
i. Membersihkan dan menghilangkan bau mulut untuk suaminya.
j. Berhias ketika hadirnya dan tinggalkan hiasan ketika tiadanya.
k. Tiada khianat ketika tiada suaminya.
l. Memuliakan keluarga suaminya.
m. Memandang pemberian suaminya yang kecil sebagai besar dan berharga.
n. Ketahuilah, syurga dan neraka bagi seorang wanita itu bergantung pada redha atau tidaknya suami padanya.

Ada 6 pesanan untuk kaum wanita dapat diamalkan di dalam kehidupan seharian untuk hidupkan suasana Iman dan Amal di dalam rumahtangga. Apabila ada suasana agama dalam kehidupan maka hidayat dan nusrah (pertolongan) dari Allah akan datang. Rumahtangga dirahmati Allah, keberkatan dalam kehidupan kita dan ketenangan dalam jiwa kita. 6 pesanan itu adalah amalan nurani. Amalan itu ialah :-

1. Solat di awal waktu dan galakkan kaum lelaki yang mahram bersolat ditempat di mana azan dilaungkan iaitu di masjid atau di surau.

2. Istiqamah membaca Al-Quran dan berzikir. - Hak Al-Quran hendaklahkhatam2X setahun. Jadi lapangkan tiap-tiap hari untuk membacanya. Disamping ituhendaklah kita mengingati Allah dalam apa keadaan kita sekalipun dan dimana kita berada. Dengan melihat setiap ciptaan Allah kita dapatmengingati Allah s. w. t. Maka dianjurkan supaya dapat kita melapangkan waktu pagi (lepas subuh) dan petang hari (lepas Asar) untuk mewiridkan kalimah-kalimah tasbih, tahmid, tahlil dan takbir ie "Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaha illallah Wallahu Akbar" jika mampu boleh di sambung "Wa la hawlawalaquwataillabillahi'aliyil'azim"

100X. Selawat ke atas Nabi 100X dan beristighfar 100X. Selain daripada itu amalkanlah doa-doa masnun - doa yang diucapkan ketika melakukan sesuatu perbuatan ie masa hendak makan, tidur, masuk dan keluar tandas dsb.

3. Istiqamah menghidupkan Takleem dan Taklum (belajar dan mengajar ilmu agama). - Lapangkanlah masa yang sesuai walau seketika supaya semua ahli keluarga dapat menghidupkan majlis ilmu ini. Duduklah seperti duduknya kita di dalam solat ie menutup aurat, berkeadaan suci dan berbau wangi. Majlis mempelajari agama ini terbahagi kepada dua iaitu : Pertama - Majlis berkenaan hadis-hadis mengenai kelebihan beramal. Ini adalah untuk menimbulkan keghairahan dalam ahli keluarga untuk beramal. Kedua - Majlis berkenaan masalah-masalah agama (hukum- ahkam dalam ibadat). Wajib suami untuk mengajar anak dan isteri mengenainya. Jika tidak tahu wajib atasnyauntuk belajar.

4. Mendidik anak secara agama dan sunnah.

5. Hidup sederhana.

6. Menggalakkan suami / mahram yang lelaki untuk usaha atas agama dakwah illallah (mengembangkan agama). - Secara Baironi : di luar kampung halaman kita dan Maqami : Di dalam qariah kampung halaman kita.

Akhir sekali semoga kita sama-sama dapat mengamalkan 6 pesanan ini dalam rumahtangga kita secara istiqamah dan ikhlas setiap hari. Juga untuk jadi isteri yang beriman dan solehah hendaklah kita taat pada suami. Jika suami redha ke atas kita maka Allah s.w.t. akan redha ke atas kita. Berzikir ,berdoa, beristighfar, membaca Al-Quran dan berselawat adalah amalan-amalan utama yang harus dikekalkan oleh setiap umat islam untuk kesempurnaan Iman dan Islamnya. Semuanya itu menjadi penawar bagi hati dan jiwa yang rusuhdan resah gelisah.

Wallahua'lam

Muhasabah Diri

BAGAIMANAKAH ISLAM DI MALAYSIA ?
KONFLIK\FAKTA\KRONOLOGI….
·         Peranan ulama yang hanya mendiamkan diri apabila berlaku kebanjiran fenomena masalah gejala sosial mula meragukan masyarakat terhadap institusi keagamaan
·         Amalan pergaulan tanpa batasan telah sebati dalam kalangan masyarakat terutamanya di kawasan pasca modenisasi
·         Ibu bapa seolah-olah menghalalkan perbuatan yakni perilaku anaknya berpegang-pegangan serta berpelukan kerana menganggapnya adalah perkara yang ‘normal’
·         Pegang-pegangan, berpelukan adalah perkara biasa tetapi apabila melangkah ke fasa penzinaan, mulalah menyalahkan teman lelaki anaknya walhal dahulunya dia sendiri lupa akan hadis nabi (La Takrobu Zina)
·         Ia tidak membawa maksud janganlah kamu berzina tetapi janganlah kamu mendekati zina.Mengapa? Anda sendiri boleh fikirkan hikmahnya.
·         Adanya pusat-pusat hiburan seperti wayang, karoeke, disko dan sebagainya menambahkan lagi derita iman dan rohani.Golongan remaja, dewasa ,mahupun yang sudah berumur bebas berdua-duaan dalam kegelapan tanpa disedarinya terdapat orang ketiga yang menjadi tulang belakang aktiviti ‘mulia’ mereka.(Syaitan)
·         Perihal keagamaan mula ditinggalkan, personaliti dan cara hidup barat menjadi kiblat hidup
·         Usul untuk menggunakan hukum hudud ditolak mentah-mentah oleh pemerintah walaupun secara dasarnya ia dituntut oleh islam sendiri.Inilah yang berlaku apabila hukum  yang tuhan diganti dengan hukum ciptaan manusia.Semuanya terdapat kelemahan zahir
·         Wang dan kemewahan menjadi taruhan, pemimpin sekularisme disanjung, ulama sekadar hiasan.Keputusan demi keputusan yang lahir daripada pemikiran para pemikir islam kerapkali dipertikaikan
·         Umumnya Malaysia dikenali dunia sebagai sebuah negara islam contoh.Sebagaimana diakui sendiri Tun Mahathir.Persoalannya disini,adalah menjadi suatu keganjilan apabila sebuah negara bertemakan’Islam’ tetapi tidak melaksanakan syariah islam
·         Manusia kian menghakis iman mereka sendiri dengan kelekaan dibuai maksiat,tidak dinafikan tiada manusia yang sempurna di muka bumi ini.Sedarkah kita bahawa setiap perbuatan dan tingkah-lakukita pada hari ini disulami dosa tanpa kita sendiri
·         Anak-anak kecil pada hari ini mempunyai daya penghafalan yang kuat namun bakat dipersiakan.Lagu-lagu barat menjadi halwa di telinga.Kesannya Alquran dan Hadis ditinggalkan
·         Dari segi konteks pentadbiran, rasuah menjadi ‘pegangan’, fitnah menfitnah menjadi pertahanan diri.Mengapa? Kerana mencintai dunia melebihi ukhrawi.Dan lebih menyedihkan lagi adalah apabila pejuang islam dilabel pengganas dalam menyahut seruan kuasa barat
·Berita kematian artis mendapat liputan luas jentera media, namun apabila seorang ulama meninggal dunia semuanya adalah biasa sahaja.Jelasnya disini dunia tidak lagi menjadi jambatan akhirat.Sekiranya dahulu nama-nama pahlawan islam seringkali disebut-sebut kini semuanya diganti dengan dengan nama penyanyi,atlet sukan,model.
·         Konsep jihad mula disalah ertikan,memerangi musuh islam disuarakan sebagai pengganas..menafikan penubuhan negara islam kerana takut untuk melaksanakan syariat Allah.Apakah kekhuatiran tidakk dapat melaksanakan syariat? Ataupun mempunyai agenda tersendiri?
·         Melaksanakan ibadah haji diigantikan dengan aktiviti mengumpul kekayaan
·         Apabila dinasihati berlandaskan agama,mulalah melenting melontarkan slogan ‘kubur kau,kubur kau, kubur  aku ,kubur aku’ Sekiranya diteliti kembali,memang benarlah kata-kata yang dilontarkan itu.Tetapi adakah anda lupa bahawa sekiranya anda meninggal dunia nanti, Siapakah pula yang akan mengerjakan solat jenazah? Membaca talkin?

Keperibadian Unggul Salahuddin Al-Ayyubi

Salahuddin dibesarkan sama seperti anak-anak orang Kurd biasa. Pendidikannya juga seperti orang lain, belajar ilmu-ilmu sains di samping seni peperangan dan mempertahankan diri. Tiada seorangpun yang menyangka sebelum ia menguasai Mesir dan menentang tentera Salib bahawa anak Kurd ini suatu hari nanti akan merampas kembali Palestin dan menjadi pembela akidah Islamiah yang hebat. Dan tiada siapa yang menyangka pencapaiannya demikian hebat sehingga menjadi contoh dan perangsang memerangi kekufuranhingga ke hari ini.

Walau bagaimanapun Allah telah mentakdirkannya untuk menjadi pemimpin besar pada zamannya dan Allah telah menyediakan dan memudahkan jalan-jalannya untuk menjadi pemimpin agung itu. Ketika ia menjadi tentera Al-Malik Nuruddin, sultan Aleppo, ia diperintahkan untuk pergi ke Mesir. Pada masa itu Mesir diperintah oleh sebuah kerajaan Syi'ah yang tidak bernaung di bawah khalifah. Bahauddin bin Shaddad, penasihat utama Salahuddin telah menulis bahawa Salahuddin sangat berat dan memaksa diri untuk pergi ke Mesir bagaikan orang yang hendak di bawa ke tempat pembunuhan.

Perangai Salahuddin
Siapa yang rapat dengannya mengatakan ia adalah seorang Islam yang taat kepada Allah, sangat peka kepada keadilan, pemurah, lembut hati, sabar dan tekun. Bahauddin bin Shaddad, penasihat utama Salahuddin telah mencatatkan ia telah memberikan masa untuk rakyat dua kali seminggu, iaitu pada hari Isnin dan Selasa. Pada masa ini ia disertai oleh pembesar-pembesar negara, ulama dan kadi. Semua orang boleh berjumpa dengannya.
Ia sentiasa mengabaikan kesilapan-kesilapan pembantu-pembantu dan khadam-khadamnya. Jika mereka melakukan kesilapan yang memanaskan hatinya, ia tidak pernah menyebabkan kemarahannya menjatuhkan air muka mereka.

Salahuddin Sebagai Ulama
Salahuddin memiliki asas pengetahuan agama yang kukuh. Ia juga mengetahui setiap suku-suku kaum Arab dan adat-adat mereka. Bahkan ia mengetahui sifat-sifat kuda Arab walaupun ia sebenarnya orang Kurd. Ia sangat gemar mengumpulkan pengetahuan dan maklumat dari kawan-kawannya dan utusan-utusannya yang sentiasa berjalan dari satu penjuru ke satu penjuru negerinya. Di samping Qur'an ia juga banyak menghafal syair-syair Arab.
Salahuddin mempunyai pengetahuan yang dalam dan gemar untuk mendalami lagi bidang-bidang akidah, ilmu hadis serta sanad-sanad dan perawi-perawinya, syariah dan usul figh dan juga tafsir Qur'an.

Sejarah perjuangan Salahuddin al Ayubi
Ketika Salahuddin menguasai Mesir, ia tiba-tiba berubah. Ia yakin bahawa Allah telah mempertanggung jawabkan kepadanya satu tugas yang amat berat yang tak mungkin dapat dilaksanakan jika ia tidak bersungguh-sungguh. Bahauddin telah menuliskan dalam catatannya bahwa Salahuddin sebaik-baik sahaja ia menjadi pemerintah Mesir. Dunia dan kesenangannya telah lenyap dari pandangan matanya. Dengan hati yang rendah dan syukur kepada Allah ia telah menolak godaan-godaan dunia dan segala kesenangannya
Ia menumpukan seluruh tenaganya untuk satu tujuan
yaitu untuk membina kekuasaan Islam yang cukup kuat untuk menghalau orang kafir dari tanah air Islam.

Salahuddin pernah berkata, "Ketika Allah menganugerah kan aku bumi Mesir, aku yakin Dia juga bermaksud Palestin untukku. Ini menyebabkan ia memenangkan perjuangan Islam. Sehubungan dengan ia telah menyerahkan dirinya untuk jalan jihad.
Fikiran Salahuddin sentiasa tertumpu kepada jihad di jalan Allah.
semangat Salahuddin yang berkobar-kobar untuk berjihad menentang tentera Salib telah menyebabkan jihad menjadi tajuk perbincangan yang paling digemarinya. Ia sentiasa meluangkan seluruh tenaganya untuk memperkuat pasukan tenteranya, mencari mujahid-mujahid dan senjata untuk tujuan berjihad.

Sehubungan dengan ini ia lebih banyak di dalam khemah perang daripada duduk di istana bersama sanak keluarga. Siapa sahaja yang menggalakkannya berjihad akan mendapat kepercayaannya. Siapa sahaja yang memerhatikannya akan dapat melihat apabila ia telah memulakan jihat melawan tentera salib ia akan menumpahkan seluruh perhatiannya kepada persiapan perang dan menaikkan semangat tenteranya.

Dalam medan peperangan ia bagaikan seorang ibu yang garang kehilangan anak tunggal akibat dibunuh oleh tangan jahat. Ia akan bergerak dari satu hujung medan peperangan ke hujung yang lain untuk mengingatkan tenteranya supaya benar-benar berjihad di jalan Allah semata-mata. Ia juga akan pergi ke seluruh pelosok tanah air dengan mata yang berlinang mengajak manusia supaya bangkit membela Islam.

Satu siri peperangan yang sengit telah berlaku antara tentera Salahuddin dengan tentera Salib di kawasan Tiberias di kaki bukit Hittin. Akhirnya pada 24 Rabiul-Akhir, 583 H, tentera Salib telah kalah. Dalam peperangan ini Raja Kristian yang memerintah Palestin telah dapat di tawan beserta adiknya Reginald dari Chatillon.

Ramai juga tentera-tentera Salib berpangkat tinggi telah tertawan. Stanley Lane-Poole menceritakan bahwa dapat dilihat seorang tentera Islam telah membawa 30 orang tentera Kristian yang ditawannya sendiri diikat dengan tali khemah.
Dianggarkan 30,000 tentera Kristian telah mati dalam peperangan ini. Setahun selepas peperangan, timbunan tulang dapat dilihat memutih dari jauh.

Menawan Baitul Muqaddis
Kemenangan peperangan Hittin telah membuka jalan mudah kepada Salahuddin untuk menawan Baitul Muqaddis. Bahauddin telah mencatatkan bahawa Salahuddin sangat-sangat berhajat untuk menawan baitul Muqaddis. Pada hari jumaat, 27 Rajab, 583H, iaitu pada hari Isra' Mi'raj, Salahuddin telah memasuki banda suci tempat Rasulullah saw naik ke langit.

Ramai orang yang terdiri dari ulama, pembesar-pembesar, peniaga dan orang-orang biasa datang merayakan gembira kemenangan ini. Kemudiannya ramai lagi orang datang dari pantai dan hampir semua ulama-ulama dari Mesir dan Syria datang untuk mengucapkan tahniah kepada Salahuddin. Boleh dikatakan hampir semua pembesar-pembesar datang. Laungan "Allahhu Akbar" dan "Tiada tuhan melainkan Allah" telah memenuhi langit.

Selepas 90 tahun kini sembahyang Jumaat telah diadakan semula di Baitul
Muqaddid. Salib yang terpampang di 'Dome of Rock' telah diturunkan. Betapa hebatnya peristiwa ini tidak dapat digambarkan. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa hebatnya hari itu.
Sifat penyayang dan belas kasihan Salahuddin semasa peperangan ini sangat jauh berbeda daripada kekejaman musuh Kristiannya. Ahli sejarah Kristian pun mengakui hal ini.

Tentera Kristian ketika menawan Baitul Muqaddis kali pertama pada tahun 1099. Telah tercatat dalam sejarah bahawa ketika Godfrey dan Tancred menunggang kuda di jalan-jalan Jerusalem jalan-jalan itu 'tersumbat' dengan mayat-mayat, orang-orang Islam yang tidak bersenjata disiksa, dibakar dan dipanah dari jarak dekat di atas bumbung dan menara rumah-rumah ibadah.

Perang Salib Ketiga
Perang Salib pertama ialah kejatuhan Palestin kepada orang-orang Kristian pada tahun 1099 (490H) manakala yang kedua telah dimenangi oleh Salahuddin dalam peperangan Hittin pada tahun 583H (1187M) di mana beberapa hari kemudian ia telah menawan Baitul Muqaddis tanpa perlawanan. Kekalahan tentera Kristian ini telah menggegarkan seluruh dunia Kristian. Maka bantuan dari Eropah telah dicurahkan ke bumi Palestin.

Hampir semua raja dan panglima perang dari dunia Kristian seperti Fredrick Barbossa raja Jerman, Richard The Lion raja England, Philips Augustus raja Perancis, Leopold dari Austria, Duke of Burgundy dan Count of Flanders telah bersekutu menyerang Salahuddin yang hanya dibantu oleh beberapa pembesar nya dan saudara maranya serta tentaranya untuk mempertahankan kehormatan Islam. Berkat pertolongan Allah mereka tidak dapat dikalahkan oleh tentera bersekutu yang besar itu.

Peperangan ini berlanjutan selama 5 tahun hingga menyebabkan kedua belah pihak menjadi lesu dan jemu. Akhirnya kedua belah pihak bersetuju untuk memuat perjanjian di Ramla pada tahun 588H. Perjanjian ini mengakui Salahuddin adalah pengusa Palestin seluruhnya kecuali bandar Acra diletakkan di bawah pemerintahan Kristian. Maka berakhirlah peperangan Salib ketiga.
Atas seruan Pope, seluruh dunia Kristian telah mengangkat senjata. Raja England, Perancis, Sicily dan Austria serta Duke of Burgundy, Count of Flanders dan beratus-ratus lagi pembesar-pembesar telah bersekutu membantu Raja dan Putra Mahkota Palestin untuk mengembalikan kerajaan Jerusalem kepada pemerintahan Kristian. Walau bagaimanapun ada raja yang mati dan ada yang balik dan sebahagian pembesar-pembesar Kristian telah terkubur di Tanah Suci itu, tetapi Tanah Suci itu masih di dalam tangan Salahuddin.

Bahkan dalam peperangan Arsuf, tenteranya dari Mosil (sebuah tempat di Iraq) telah menunjukkan ketangkasan yang hebat. Dalam peperangan ini, Salahuddin memang boleh memberikan kepercayaan kepada tentra-tenteranya dari Mesir, Mesopotamia, Syria, Kurds, Turkmans, tanah Arab dan bahkan orang-orang Islam dari mana-mana sahaja. Walaupun mereka berlainan bangsa dan kaum tetapi Salahuddin telah dapat menyatukan mereka di atas jalan Tuhan dari pada mula peperangan pada tahun 1187 hinggalah berakhirnya pada tahun 1192.

Dalam peperangan ini Salahuddin sentiasa syura. Ia mempunyai majlis syura (musyawarah) yang membuat keputusan-keputusan ketenteraan. Kadang-kadang majlis ini membatalkan keputusan Salahuddin sendiri. Dalam majlis ini tiada siapa yang mempunyai suara lebih berat tiada siapa yang lebih mempengaruhi fikiran Salahuddin. Semuanya sama sahaja. Dalam majlis itu ada adiknya, anak-anaknya, anak saudaranya, sahabat-sahabat lamanya, pembesar-pembesar tentera, kadi, bendahari dan setiausaha. Semuanya mempunyai sumbangan yang sama banyak dalam membuat keputusan. Pendeknya semuanya menyumbang dalam kepakaran masing-masing. Walau apa pun perbincangan dan perdebatan dalam majlis itu, mereka memberikan ketaatan mereka kepada Salahuddin.

Wafatnya Salahuddin
Pada hari Rabu, 27 Safar, 589H, pulanglah Salahuddin ke rahmatullah selepas berhempas pulas mengembalikan tanah air Islam pada usia 57 tahun. Bahauddin bin Shaddad, penasihat utama Salahuddin telah menulis mengenai hari-hari terakhir Salahuddin. Pada malam 27 Safar, 12 hari selepas ia jatuh sakit, ia telah menjadi sangat lemah. Syeikh Abu Ja'afar seorang yang wara' telah diminta menemani Salahuddin di Istana supaya jika ia nazak, bacaan Qur'an dan syahadah boleh diperdengarkan kepadanya. Salahuddin tidak meninggalkan harta kecuali satu dinar dan 47 dirham ketika ia wafat, Bahkan harta yang ditinggalkannya tidak cukup untuk belanja pengkebumiannya. Keluarganya terpaksa meminjam wang untuk menanggung belanja pengkebumian ini. Bahkan kain kafan pun diberikan oleh seorang menterinya.
Salahuddin yang Wara'
Ia tidak pernah membayar zakat kerana ia tidak mempunyai harta yang cukup nisab. Ia sangat murah hati dan akan menyedekahkah apa yang ada padanya kepada fakir miskin dan kepada yang memerlukan hinggakan ketika wafatnya ia hanya memiliki 47 dirham wang perak dan satu dinar wang emas. Ia tidak meninggalkan harta.
Salahuddin sangat yakin dan percaya kepada pertolongan Allah. Ia biasa
meletakkan segala harapannya kepada Allah terutama ketika dalam kesusahan. Pada satu ketika ia berada di Jerusalem yang pada masa itu seolah-olah tidak dapat bertahan lagi dari pada kepungan tentera bersekutu Kristian. Walaupun keadaan sangat terdesak ia enggan untuk meninggalkan kota suci itu.

Ceritera Zionis 3

Dasar luar kerajaan
Pentadbiran Johnson (1963–1969)
Semasa pentadbiran Lyndon B. Johnson dasar luar A.S mula memihak sepenuhnya, tetapi tidak tanpa soal, pada Israel. Sebelum Perang Enam Hari pada tahun 1967, pentadbiran A.S. berusaha mengelak menunjukkan ia mempunyai ikatan ketenteraan dengan Israel.
Walaupun Pentadbiran A.S bersimpati dengan keperluan Israel untuk melindungi dirinya dalam perang tersebut, A.S. bimbang yang tindakan Israel akan melampaui batas dan berpotensi menyebabkan ketidakstabilan rantau Timur Tengah. Pengeboman Israel ke atas Jordan selepas Kejadian Samu turut membimbangkan A.S. disebabkan Jordan juga merupakan sekutu A.S. yang menerima dana sebanyak AS$500 juta.
Kebimbangan utama pentadbiran Johnson adalah sekiranya perang tercetus di rantau itu, Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet juga akan terlibat. Perbincangan diplomatik dengan negara-negara di rantau itu dan dengan pihak Soviet, termasuk penggunaan Hotline pertama, tidak mampu mengelakkan peperangan. Apabila Israel melancarkan serangan awal terhadap kelengkapan tentera udara Mesir, Setiausaha Negara Dean Rusk amat kecewa kerana dia berpendapat bahawa penyelesaian diplomatik boleh dicapai.
Semasa peperangan, kapal perang dan pesawat udara Israel telah menyerang sebuah kapal risikan Tentera Laut Amerika Syarikat, iaitu USS Liberty di perairan antarabangsa, sekaligus membunuh 34 orang dan mencederakan 173. Insiden itu disifatkan sebagai satu kesilapan oleh Israel, tetapi telah disangkal oleh Setiausaha Pertahanan Clack Clifford, Pengarah CIA Richard Helms dan CNO Thomas Moorer.
Buat kali pertamanya, Amerika Syarikat gembira melihat suatu negara demokrasi iaitu Israel, berjaya melumpuhkan kuasa ketenteraan negara-negara Arab yang disokong oleh Kesatuan Soviet. Selepas peperangan itu, Washington mempunyai persepsi negara-negara Arab telah memilih untuk bersekongkol dengan Sovet. Dengan itu pada tahun 1968, dengan sokongan padu Kongres, Johnson telah meluluskan penjualan pesawat Phantom II ke Israel, dan bermulalah sokongan Amerika untuk peningkatan kemampuan kuasa ketenteraan Israel melebihi jiran-jirannya. Pada masa yang sama, A.S. masih terus membekalkan senjata ke Lubnan dan Arab Saudi, untuk mengimbangi penjualan senjata Soviet di rantau
Pentadbiran Nixon dan Ford (1969–1974)
 Rancangan Rogers 1970
Pada 19 Jun 1970, Setiausaha Negara William P. Rogers mencadangkan Rancangan Rogers, yang memanggil untuk suatu gencatan senjata 90 hari dan zon bebas tentera pada kedua-dua belah terusan Suez. Ia merupakan suatu usaha untuk mencapai persetujuan dalam rangka Resolusi MKPBB 242, yang memanggil untuk pengunduran Israel dari kawasan-kawasan yang diduduki pada tahun 1967 dan pengiktirafan bersama kedaulatan dan kemerdekaan kedua-dua negara. Pihak Mesir menyetujui rancangan Rogers akan tetapi rancangan ini gagal kerana ketiadaan sokongan dari Israel. Tiada perkara yang berlaku selepas Presiden Sadat dari Mesir pada tahun 1972 tiba-tiba membuang penasihat-penasihat Soviet dari negaranya dan menyatakan kesediaan beliau untuk berunding.
Walaupun bimbang serangan dari Mesir dan Syria, Perdana Menteri Golda Meir membuat keputusan untuk tidak melakukan serangan pertama disebabkan bimbang akan memulaukan Amerika Syarikat yang mana diperlukan bagi Israel membekalkan semula ketenteraaannya. Syria dan Mesir kemudiaannya menyerang, dan memulakan Perang Yom Kippur.
Keputusan untuk tidak menyerang dahulu membuahkan hasil. Sekiranya Israel memulakan serangan, menurut Setiausaha Negara Henry Kissinger, mereka tidak mungkin menerima "walau paku pun". A.S. melakukan operasi strategik dari udara untuk menghantar senjata dan bekalan ke Israel yang kadangkala disebut sebagai "operasi yang menyelamatkan Israel."
Sekali lagi, A.S. dan pihak Soviet bimbang akan tertarik dalam konflik Timur Tengah. Selepas pihak Soviet mengugut akan campur tangan untuk membantu Mesir, A.S. meningkatkan Keadaan Pertahanan (DEFCON) dari empat ke tiga, peringkat tertinggi sewaktu ketiadaan perperangan. Pihak Soviet kemudian mengundurkan dirinya, dan Mesir menarik balik permintaannya untuk bantuan.
Selepas tentera Mesir tersekat di seberang terusan Suez, Kissinger kemudian menyedari bahawa situasi ini merupakan peluang terbaik A.S. kerana Mesir bergantung kepada A.S. untuk menghalang Israel daripada menghapuskan ketenteraannya, yang kini tiada akses ke makanan dan minuman. Keadaan ini bolehlah menjadi titik rundingan untuk membenarkan Amerika Syarikat memeditasikan pertikaian dan memaksa Mesir keluar dari pengaruh Soviet. Kemudiannya Amerika Syarikat memaksa Israel untuk tidak memusnahkan ketenteraan Mesir yang tersekat itu. Dalam satu panggilan telefon dengan duta Israel Simcha Dinitz, Kissinger memberitahu duta itu yang kemusnahan ketenteraan Mesir merupakan satu "pilihan yang tidak wujud".
Selepas perperangan, Kissinger memaksa Israel untuk memberikan tanah sebagai tukaran kepada perdamaian, dan sekaligus menyumbang ke arah fasa pertama perdamaian Israel-Mesir. Sokongan Amerika terhadap Israel menyumbang ke sekatan OPEC 1973 keatasnya, yang kemudian dimansuhkan pada bulan Mac 1974
Pentadbiran Carter (1977–1981)
Tahun-tahun Jimmy Carter didefinasikan penglibatan aktif A.S. dalam proses rundingan damai Timur Tengah, dan sebagai akibat, menyebabkan sedikit sebanyak pergeseran dalam hubungan dua hala A.S.-Israel. Proses-proses di Kem David yang dimulai Carter dilihat oleh sesetengah pihak Israel sebagai memaksa rundingan damai dengan Mesir untuk berundur dan menyebabkan risiko demi perdamaian dengan Mesir. Sokongan Carter untuk tanah air Palestin dan untuk hak politik Palestin menyebabkan pergeseran dengan Israel. Sesetengah pula berpendapat bahawa teks terakhir persetujuan di Kem David adalah bukti kejayaan Menachem Begin dalam menghadkan keperluan Israel dalam berunding dengan pihak Palestin.
 Pentadbiran Reagan (1981–1989)
Penyokong-penyokong Israel menyuarakan kebimbangan mereka pada awal pentadbiran Ronald Reagan mengenai potensi permasalahan dalam hubungan Israel-Amerika Syarikat, sebahagiannya kerana beberapa pilihan wakilnya punyai hubungan atau perniagaan bersama dengan negara-negara Arab (Setiausaha-setiausaha Caspar Weinberger dan George P. Shultz, umpamanya, merupakan pegawai di Bechtel Corporation, yang mempunyai hubungan erat dengan dunia Arab, lihat lobi Arab di Amerika Syarikat.) Tetapi sokongan peribadi Reagan untuk Israel dan keserasian perspektifnya dengan Israel atas isu keganasan, kerjasama sekuriti, dan ancaman Soviet, membuahkan peningkatan dalam hubungan dua hala.
Pada tahun 1981, Weinberger dan Menteri Pertahanan Israel, Ariel Sharon menandatangani Persetujuan Kerjasama Strategik, menubuhkan rangka kerja untuk konsultasi dan kerjasama secara terus menerus untuk meningkatkan keselamatan dalam negeri kedua-dua negara. Pada bukan November 1983, kedua-dua belah pihak membentuk Kumpulan Bersama Ketenteraan Politik, yang bertemu dua kali setahun, untuk mengimplimentasiikan kebanyakan peruntukan persetujuan itu. Kerjasama ketenteraan udara dan laut bermula pada bulan Jun 1984, dan Amerika Syarikat telahpun membina fasiliti-fasiliti untuk menyimpan peralatan ketenteraan di Israel. Meskipun perang Lubnan 1982 melihat perbezaan ketara antara polisi-polisi Israel dan A.S., seperti penggunaan senjata pembekalan A.S. dalam perang itu dan penolakan oleh Israel terhadap cadangan perdamaian Reagan pada 1 September 1982, ia tidak sedikitpun mengubah pendirian Pentadbiran dalam sokongannya terhadap Israel dan penekanan yang diberikannya oleh Amerika Syarikat.
Hubungan erat A.S.-Israel terus bertambah keeratannya pada penggal kedua pentadbiran Reagan. Israel diberikan status "sekutu bukan NATO penting" pada tahun 1987 yang memberikan akses pada perkembagan sistem senjata Amerika dan peluang untuk mendapat tender dalam kontrak pertahanan A.S. Amerika Syarikat terus memberikan bantuan dana kepada Israel pada kadar AS$ 3 bilion setahun dan mengimplimentasikan perjanjian perdagangan bebas pada tahun 1985. Semenjak itu semua cukai dan duti kastam antara kedua-dua negara ini telah dihapuskan.
Pada tahun 1985 sokongan A.S. untuk rancangan penstabilan ekonomi Israel diberikan dalam bentuk gran $1.5 bilion untuk dua tahun dan nasihat pengeksportan ekonomi.
Pada bulan November 1985, Jonathan Pollard, pekerja perisikan laut A.S. dan isterinya didakwa menjual dokumen rahsia sulit pada Israel. Empat pegawai Israel juga didakwa atas tuduhan yang sama. Kerajaan Israel mendakwa bahawa insiden ini tidak rasmi. Pollard dihukum penjara seumur hidup dan isterinya pula disabitkan dengan dua penggal lima tahun berturut-turut. Orang Israel membantah bahawa Pollard telah diberikan hukuman yang keterlaluan, dan mendukung kesengsaraannya. Pollard diberikan kerakyatan Israel pada tahun 1996 dan pegawai Israel kadangkala membincangkan kesnya dengan pegawai A.S., walaupun tiada tindakan susulan timbul.
Penggal kedua Reagan berakhir dengan apa yang dikatakan oleh ramai orang Israel suatu yang tidak disukakan kerana Amerika Syarikat bertindak membuka dialog dengan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) pada bulan Disember 1988. Tetapi, meskipun dialog itu berlangsung, dan kes perisikan Pollard tidak selesai, dan penolakan inisiatif perdamaian Shultz pada musim bunga 1988, pertubuhan-pertubuhan pro-Israel di Amerika menyifatkan Pentadbiran Reagan dan Kongres ke-100 Amerika Syarikat sebagai "yang paling pro-Israel setakat ini" dan memuji hubungan dua hala yang secara amnya baik.

Tasbih Saidatina Fatimah





Sayyidah Fatimah selalu bekerja keras di rumahnya. Dia selalu menggiling gandum menjadi tepung dengan menggunakan batu. Pekerjaan ini membuat tangannya memar, akan tetapi dia tidak pernah berkeluh-kesah.
Ayahandanya, Nabi Saw dapat melihat betapa kerasnya dia bekerja. Suatu hari Nabi Saw berkata bahwa beliau akan memberikan sesuatu yang akan membantu meringankan pekerjaannya. Nabi Saw berkata bahwa apa yang akan diberikan kepadanya adalah lebih baik daripada dunia beserta isinya.
Tahukah kalian hadiah apa yang diberikan oleh Nabi? Nabi menunjukkan bagaimana Sayyidah Zahra dapat bertasbih. Beliau berkata bahwa setiap habis salat, dia harus melafadzkan:

Allahu Akbar - (Allah Mahabesar) - 34 kali
Alhamdulillah - (Segala puji untuk Allah) - 33 kali
Subhanallah - (Maha Suci Allah) - 33 kali

Sayyidah Zahra sangat senang menerima hadiah khusus ini. Dia senantiasa melakukan Tasbih setiap selesai menunaikan salat dan Tasbih ini kemudian lebih dikenal sebagai Tasbih Fatimah.
Salat adalah ibarat sebuah kusuma yang indah dan Tasbih Sayyidah Fatimah memberikan bunga yang cantik ini aroma yang semerbak. Sehingga setiap mengerjakan salat kita harus membaca Tasbih Sayyidah Fatimah ini karena kita ingin salat kita seperti sebuah bunga yang indah dengan aroma yang semerbak.

Mutiara Hadits Nabi Muhammad Saw ihwal Sayidah Fatimah As:
“Sebaik-baik wanita yang pernah diciptakan Allah di dunia dan akhirat adalah Fatimah Ia adalah penghulu wanita di Surga.”(Sahih Bukhari dan Muslim)

Sumber Rujukan: Da'im al-Islam ( Fatimah az-Zahra, hal. 172)

Manusia sekarang..


Seorang ulamak sedang berada di dalam sebuah kapal terbang untuk ke sebuah negeri. Apabila tiba waktu solat, dia pun ke tandas untuk berwuduk.
Oleh sebab tandas di dalam kapal terbang terlalu kecil, maka beliau terpaksa membuka pintu tandas itu ketika berwuduk. Semasa beliau mengangkat salah satu dari kakinya ke sinki(washing basin), seorang pramugari telah ternampak perbuatan ulama itu dan menegurnya.
Pramugari: Tuan tidak boleh memasukkan kaki ke dalam sinki tu, sebab ia akan mengotorkan tangki (dengan suara dikeraskan).
Ulama:Berapa kali saudari mencuci muka saudari dalam satu hari? (dengan suara lembut dan penuh rendah diri)
Pramugari: Kebiasaannya sekali atau dua kali dalam sehari (dengan sifat angkuh).
Ulama:Saya mencuci kaki saya sekurang-kurangnya lima kali dalam sehari, bererti kaki saya lebih bersih daripada muka saudari.


Pengajarannya:
Urusan agama di mana-mana pun kena buat. Atas darat ke, di awangan ke, bila tiba masanya, kerjakanlah. Jangan pandang hina pada yang mengerjakan tanggungjawabnya. Kita semua ada tanggungjawab yang sama. Kalau tak nak tanggung, pandai-pandai la jawab nanti di muka pengadilan Allah.

Manisnye Perkahwinan..

Seorang sahabat yang anti dengan perkahwinan telah nekad mengambil keputusan bernikah setelah didatangi mimpi, didalam mimpinya melihat anak-anak kecil sedang sibuk memberi minuman kepada orang ramai yang kehausan di sebuah taman syurga. Bila sampai gilirannya, dia tidak diberi minum, sahabat tadi diberitahu tidak tersenarai antara penerima minuman kerana tidak seorang pun dari kalangan anak kecil itu adalah anaknya.
Sesiapa yang berkahwin, sesungguhnya dia telah melengkapkan separuh imannya maka bertakwalah kepada Allah (bagi melengkapkan separuh bakinya)mafhum hadith sahih. Kata Iman al Ghazali : Yang dimaksudkan dengan baki lima puluh peratus itu ialah jihad. Berkahwin itu ialah jihad, dan latihan jihad itu ilah menunaikan hak-hak keluarga, mentadbir, bersabar dengan telatah dan budi pekerti perempuan, memimpin ke jalan yang baik, berjuang mencari rezeki yang halal dan mendidik anak-anak.
Sirah Rasul pernah merakamkan pada suatu ketika nabi s.a.w pernah bertanya kepada Abdullah bin Jabir yang kelihatan terlalu gembira. Ujar Jabir Saya dah berkahwin ya Rasullullah dan perkahwinan ini mengubat kesunyian dihati saya,Dengan siapa kamu berkahwin dengan anak adara atau janda?Tanya nabi lagi. Jelas Jabir Dengan Janda. Rasullullah bertanya Kenapa kamu tidak berkahwin dengan anak dara? Kerana berkahwin dengan anak dara akan memudahkan kamu bergurau senda. Disini Rasullullah s.a.w memberi priority kepada anak dara untuk dipilih sebagai pasangan hidup.

Pengajaran dari sebuah hadith: Seandainya di dalam sebuah rumahtangga itu, suami bangun tengah malam menunaikan solat tahajjud dan mengejutkan isterinya, kalau isterinya tidak terjaga, dia kemudiannya merenjiskan air ke muka isterinya. Ini adalah pasangan yang dirahmati oleh Allah s.w.t, dan kalau isteri pula yang bangun tengah malam, dan ingin solat tahajjud, dia kejut suaminya dengan merenjiskan air ke muka suaminya, suami isteri ini adalah pasangan yang dirahmati oleh Allah.
Seorang isteri yang menyediakan segelas air untuk suaminya akan mendapat pahala berpuasa sunat setahun. Kalau dia mengurut badan suami tanpa disuruh, isteri itu mendapat pahala tujuh ketul emas, dan kalau isteri itu mengurut dengan permintaan suaminya, isteri itu mendapat pahala tujuh ketul perak.

Memori Semenda 93

3 hari bulan1, tahun 2011 merupakan hari pertama bagi aku melangkah ke dunia luar.lazimnya, golongan seperti aku ini akan tercari-cari keserasian dalam situasi yang dianggap baharu.hal ini kerana, ia merupakan zon arena kemasyarakatan mewajibkan kita berinteraksi dengan orang yang tidakku kenali,bekerjasama dengan orang luar dan sebagainya.wow! seronoknya.....namun begitu, pada permulaannya aku kerap diam seribu bahasa seolah-olah baru lahir ke dunia.seperti kata peribahasa rusa masuk kampung, apabila kotak memoriku sudah mengerti akan corak warna-warni masyarakat...semuanya berubah.jika dahulu aku kagum akan kehebatan personaliti setiap orang daripada rakan sekerja.kini semuanya lenyap entah ke mana.hari-hari yang aku lalui bersama mereka menyebabkan hati aku hancur dihentam keperitan yang tidak pernah diduga.aku jadi hairan dengan fatamorgana ini, mereka bebas bergaul,bertepuk tampar dengan bukan muhrim,menjadikan rokok sebagai teman masalah dan lebih teruk lagi komuniti minoriti ini tidak pernah mengenal erti solat.pada fikiran mereka,agama hanya digunakan di masjid sahaja.jelasnya tindakan tidak rasional ini kerap kali menjadi intipati dalam sanubari masyarakat terutamanya remaja.alhamdulillah gejala sebegini tidak terlibat dengan diriku yang satu.kenangan-kenangan indah bersama sahabat handai di zaman persekolahan sering menghantui diriku.memori manis ini mampu menggembirakan aku seketika.rindunya pada sekolah!!!!!!!terima kasih kepada rakan-rakan seperti azrol pilus,asyraf mdnor,faiz alias,zainol helmi,ashaari yunus,shaza sulaiman,fitri mahat,ammar affandy,syarafi azeem,asyraf ramli,syazwan rasul,azim ghalim,nazri yahya,ibrahim suhaib,suhairy johari,zamhuri jakfar,fareez jamal,syafiq r.azhar dan asyraf hizan.tidakku lupa juga pada penyeri asrama kami iaitu syaqeera,maisarah,niyana,naemah,ammira,aisyah,anis nadia,ermira,nadia.mereka semua adalah usrah bagiku.tidak lekang dengan hilai tawa,susah payah diharungi bersama semuanya adalah cenderahati bagi seseorang yang memahami erti persahabatan.evolusi yang berlaku dalam hidup aku cukup bermakna.hatiku pasrah,tatkala kecewa melihat lagak-lagak liar anak muda yang berkiblatkan duniawi semata-mata.wayang dunia itu menjadi motivasi pada diriku.semoga setiap detik memberi seribu satu kebaikan dalam hidup seorang yang dirahmati Allah taala.Insyallah.......

Siapalah Kita Di Muka Bumi Ini


Perumpamaan Kepada manusia

عنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ الْأَنْصَارِيَّ رَضِيَ الله عَنْهُ قَالَ: خَرَجَ عَلَيْنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمًا فَقَالَ: "إِنِّي رَأَيْتُ فِي الْمَنَامِ كَأَنَّ جِبْرِيلَ عِنْدَ رَأْسِي وَمِيكَائِيلَ عِنْدَ رِجْلَيَّ يَقُولُ أَحَدُهُمَا لِصَاحِبِهِ: اضْرِبْ لَهُ مَثَلًا، فَقَالَ: اسْمَعْ سَمِعَتْ أُذُنُكَ وَاعْقِلْ عَقَلَ قَلْبُكَ إِنَّمَا مَثَلُكَ وَمَثَلُ أُمَّتِكَ كَمَثَلِ مَلِكٍ اتَّخَذَ دَارًا ثُمَّ بَنَى فِيهَا بَيْتًا ثُمَّ جَعَلَ فِيهَا مَائِدَةً ثُمَّ بَعَثَ رَسُولًا يَدْعُو النَّاسَ إِلَى طَعَامِهِ فَمِنْهُمْ مَنْ أَجَابَ الرَّسُولَ وَمِنْهُمْ مَنْ تَرَكَهُ فَاللَّهُ هُوَ الْمَلِكُ وَالدَّارُ الْإِسْلَامُ وَالْبَيْتُ الْجَنَّةُ وَأَنْتَ يَا مُحَمَّدُ رَسُولٌ فَمَنْ أَجَابَكَ دَخَلَ الْإِسْلَامَ وَمَنْ دَخَلَ الْإِسْلَامَ دَخَلَ الْجَنَّةَ وَمَنْ دَخَلَ الْجَنَّةَ أَكَلَ مَا فِيهَا". أخرجه البخاري معلَّقا (6/115) ، وابن سعد (1/172) ، والحاكم (2/369 ، رقم 3299) وقال : صحيح الإسناد . وأخرجه أيضًا : الترمذي (5/145 ، رقم 2860) ، وقال : هذا حديث مرسل. والبيهقي فى الدلائل (1/370). وصححه الألباني (صحيح الجامع ، رقم 2465).

Maksudnya: “Daripada Jabir bin ‘Abdillah al-Ansori r.a. katanya: “Suatu hari Rasulullah s.a.w. keluar menemui kami dan bersabda: “Saya melihat di dalam mimpi, Jibril berada di bahagian kepala, manakala Mikail berada di bahagian kedua kaki saya, salah satu malaikat berkata kepada kawannya: “Berikan contoh kepadanya (Nabi s.a.w.). lalu salah satu malaikat berkata: “Dengarlah sebaiknya dengan kedua telingamu dan perhatikan sebaiknya dengan mata hatimu, sesungguhnya perumpamaanmu dengan umatmu, seperti seorang raja yang mengambil satu kawasan, kemudian dia membina rumah di kawasan itu, seterusnya dia menyediakan makanan dan mengutus seorang utusan untuk memanggil orang ramai untuk menjamah makanan tersebut. Di kalangan orang ramai itu ada yang memenuhi jemputan utusan tersebu, ada pula yang tidak memenuhi jemputan. Maka (sebagai perumpamaan) Allah itu adalah raja tersebut, adapun kawasan itu adalah agama Islam, manakala rumah itu adalah syurga, dan Nabi Muhammad adalah utusan tersebut. Sesiapa yang memenuhi seruanmu (Muhammad) dia akan memeluk Islam, dan sesiapa yang memeluk Islam dia akan memasuki syurga, sesiapa yang memasuki syurga dia akan menjamah makanan yang ada di dalamnya.” (H.R. al-Bukhari secara ta’liq, Ibn Sa’ad, al-Hakim, dan beliau berkata: Sahih al-Isnad. Diriwayatkan juga oleh al-Tirmizi, dan beliau berkata: Hadith ini Mursal. Diriwayatkan juga oleh al-Baihaqi di dalam al-Dala-il, disahihkan oleh al-Albani di dalam Sahih al-Jami’)

Keajaiban Al-Qur'an Dirungkai


Keajaiban Al-Qur'an - Ilmu Hisab dan Statistik

Seorang cendekiawan Islam iaitu Dr Tariq Al-Suwaidan telah menjalankan kajian terhadap al-Qur'an. Hasilnya, beliau dapati beberapa "Keajaiban" statistik yang terdapat di dalam Al-Quran.

Statistik tersebut menunjukkan bahawa:
Perkataan atau maksud bilangan yang disebut di dalam Al-Quran menunjukkan satu persamaan di antara dua perkara yang berlawanan.

 
(1) al-Dunya (dunia) 115 <> al-Akhirah (akhirat) 115.

(2) al-Malaikat (malaikat) 88 <> al-Syayateen (syaitan) 88.

(3) al-Hayat (kehidupan) 145 <> al-Maut (kematian) 145.

(4) al-Rajul (lelaki) 24 <> al-Mar'ah (perempuan) 24.

(5) al-Shahru (bulan) 12.

(6) al-Yauum (hari) 365.

(7) al-Bahar (lautan) 32 <> al-Barr (daratan) 13.

Jika kita campurkan jumlah perkataan yang membawa maksud "lautan" dan "daratan", jumlahnya adalah 45 (32 +13).
Dan jika dibuat kira-kira peratus:
i) Lautan : 32 / 45 X 100% = 71.11111111%.
ii) Daratan : 13 / 45 X100% = 28.88888888%.

Jawapan yang dikemukan di dalam peratusan tersebut adalah bersamaan dengan jumlah atau peratusan lautan dan daratan pada hari ini yang telah dikeluarkan oleh saintis-saintis barat. Ini memberi gambaran bahawa apa yang diungkapkan dalam al-Qur’an semuanya benar, dan bukan rekaan atau tekaan semata-mata.

Laman Rasmi GAMIS Pusat: Seminar “Ibrah Pembukaan Konstantinopel”

Laman Rasmi GAMIS Pusat: Seminar “Ibrah Pembukaan Konstantinopel”

Ceritera Zionis 2


 Pengiktirafan awal Pergerakan Zionis
Kepercayaan Kristian mengenai kepulangan Yahudi ke Tanah Suci berakar umbi sejak sekian lama bermula lebih awal dari penubuhan Zionisme dan negara Israel. Deklarasi Balfour British pada tahun 1917 bukan sahaja membantu menaikkan lagi pergerakan Zionis tetapi memberikannya satu legitimasi. Kongres Amerika Syarikat meluluskan resolusi bersama pertama menyatakan sokongannya terhadap pendudukan Yahudi di Palestin pada 21 September 1922. Pada hari yang sama, mandat Palestin telah diluluskan oleh Majlis Liga Bangsa.
Woodrow Wilson bersimpati dengan nasib Yahudi di Eropah. Pada tahun 1919 beliau telah berkata bahawa polisi AS adalah untuk "membiarkan" Deklarasi Balfour dikuatkuasakan tetapi tidak akan menyokong Zionisme secara rasmi. Polisi ini berlanjutan sehingga selepas Perang Dunia II.
Semasa peperangan, keputusan dasar luar AS sentiasa ad hoc berpandukan kepada keperluan peperangan. Pada Persidangan Biltmore bulan Mei 1942, pergerakan Zionis menuntut "Palestin dijadikan komanwel Yahudi".
Era selepas peperangan menyaksikan penglibatan penuh Amerika Syarikat dalam agenda politik dan ekonomi Timur Tengah, berlainan dengan sikapnya yang dingin sebelum peperangan. Di bawah pentadbiran Truman, Amerika Syarikat terpaksa berdepan dan menerangkan polisinya di ketiga-tiga sektor yang menyumbang ke arah kepentingan Amerika di rantau itu: iaitu ancaman Kesatuan Soviet, kelahiran negara Israel dan petroleum.” 
 Pengiktirafan negara dan hubungan awal
Pada 14 Mei 1948, Amerika Syarikat, di bawah Presiden Harry Truman, menjadi negara pertama di dunia mengiktiraf kewujudan negara Israel. Pada masa yang sama bekas presiden Amerika dengan dorongan kumpulan sivik, kesatuan pekerja, parti politik, dan ahli komuniti-komuniti Yahudi Amerika dan dunia, menyokong konsep yang dicanangkan dalam deklarasi Balfour oleh Britain pada tahun 1917 mengenai pendudukan Yahudi. Satu isu penting yang mengeruhkan kedudukan Palestin dalam kerajaan A.S. dan Britain adalah beberapa perjanjian yang dibuat oleh pemimpin Palestin dengan Jerman. Jerman didakwa telah berjanji untuk membebaskan Palestin dari belenggu British dan membantu mewujudkan negara berdaulat bagi mereka.
Presiden Harry Truman berjumpa dengan Perdana Menteri Israel David Ben Gurion  dan Abba Eban  pada 8 Mei 1951.

Keputusan menyokong Israel ini masih dipertikai kerana dengan terdapat perbezaan antara Truman dan Jabatan Negara Amerika Syarikat dalam mengendalikan situasi ini. Truman merupakan seorang penyokong pergerakan Zionis, manakala Setiausaha Negara George Marshall bimbang sokongan A.S. ke atas negara Yahudi akan menjejaskan hubungan dengan dunia Islam, menyekat laluan bekalan minyak di Timur Tengah dan menyebabkan ketidakstabilan rantau itu. Pada 12 Mei 1948, Marshall berkata kepada Truman yang dia akan menentang pihak lawan dalam pilihan raya akan datang sekiranya A.S. bertindak mengiktiraf Israel.1 Akhirnya, Truman telah mengistiharkan kewujudan negara Israel hanya 11 minit selepas Israel diisytiharkan. Pengiktirafan rasmi telah diberikan pada 31 Januari 1949.
Dalam situasi geopolitik yang berbeza, polisi A.S. bertujuan menyokong pembangunan negara-negara pengeluar minyak yang bersikap berkecuali dalam konflik Arab-Israel, dan menghalang pengaruh Soviet bertapak di Iran dan Turki. Penggubal dasar luar Amerika telah menggunakan bantuan luar untuk menyokong matlamat-matlamat ini pada tahun-tahun 1950-an dan 1960-an.
Pada tahun-tahun awal, Amerika Syarikat telah membekalkan jumlah bantuan yang sederhana (kebanyakannya dalam bentuk pinjaman) ke Israel, dan penyokong utama Israel ketika itu seperti Perancis membekalkan teknologi ketenteraan canggih. Sokongan ini adalah untuk menentang ancaman dari Mesir di bawah Presiden Gamal Abdel Nasser mengenai terusan Suez.
Semasa krisis Suez pada tahun 1956, A.S. yang bimbangkan sokongan Soviet kepada Mesir, memaksa gencatan senjata ke atas Britain, Perancis, dan Israel. Kemudian, Nasser telah mencadangkan hubungan yang lebih erat antara negaranya dengan Amerika Syarikat. Oleh sebab mahu menyebarkan pengaruhnya di rantau itu, dan mencegah Nasser dari bersekongkol dengan Blok Soviet, polisi A.S. pada masa itu adalah untuk menjauhkan dirinya daripada Israel. Pada awal tahun 1960-an, A.S. bukan sahaja menjual senjata canggih kepada Israel (peluru berpandu anti pesawat Hawk), tetapi juga kepada Mesir dan Jordan.