Ceritera Zionis 2


 Pengiktirafan awal Pergerakan Zionis
Kepercayaan Kristian mengenai kepulangan Yahudi ke Tanah Suci berakar umbi sejak sekian lama bermula lebih awal dari penubuhan Zionisme dan negara Israel. Deklarasi Balfour British pada tahun 1917 bukan sahaja membantu menaikkan lagi pergerakan Zionis tetapi memberikannya satu legitimasi. Kongres Amerika Syarikat meluluskan resolusi bersama pertama menyatakan sokongannya terhadap pendudukan Yahudi di Palestin pada 21 September 1922. Pada hari yang sama, mandat Palestin telah diluluskan oleh Majlis Liga Bangsa.
Woodrow Wilson bersimpati dengan nasib Yahudi di Eropah. Pada tahun 1919 beliau telah berkata bahawa polisi AS adalah untuk "membiarkan" Deklarasi Balfour dikuatkuasakan tetapi tidak akan menyokong Zionisme secara rasmi. Polisi ini berlanjutan sehingga selepas Perang Dunia II.
Semasa peperangan, keputusan dasar luar AS sentiasa ad hoc berpandukan kepada keperluan peperangan. Pada Persidangan Biltmore bulan Mei 1942, pergerakan Zionis menuntut "Palestin dijadikan komanwel Yahudi".
Era selepas peperangan menyaksikan penglibatan penuh Amerika Syarikat dalam agenda politik dan ekonomi Timur Tengah, berlainan dengan sikapnya yang dingin sebelum peperangan. Di bawah pentadbiran Truman, Amerika Syarikat terpaksa berdepan dan menerangkan polisinya di ketiga-tiga sektor yang menyumbang ke arah kepentingan Amerika di rantau itu: iaitu ancaman Kesatuan Soviet, kelahiran negara Israel dan petroleum.” 
 Pengiktirafan negara dan hubungan awal
Pada 14 Mei 1948, Amerika Syarikat, di bawah Presiden Harry Truman, menjadi negara pertama di dunia mengiktiraf kewujudan negara Israel. Pada masa yang sama bekas presiden Amerika dengan dorongan kumpulan sivik, kesatuan pekerja, parti politik, dan ahli komuniti-komuniti Yahudi Amerika dan dunia, menyokong konsep yang dicanangkan dalam deklarasi Balfour oleh Britain pada tahun 1917 mengenai pendudukan Yahudi. Satu isu penting yang mengeruhkan kedudukan Palestin dalam kerajaan A.S. dan Britain adalah beberapa perjanjian yang dibuat oleh pemimpin Palestin dengan Jerman. Jerman didakwa telah berjanji untuk membebaskan Palestin dari belenggu British dan membantu mewujudkan negara berdaulat bagi mereka.
Presiden Harry Truman berjumpa dengan Perdana Menteri Israel David Ben Gurion  dan Abba Eban  pada 8 Mei 1951.

Keputusan menyokong Israel ini masih dipertikai kerana dengan terdapat perbezaan antara Truman dan Jabatan Negara Amerika Syarikat dalam mengendalikan situasi ini. Truman merupakan seorang penyokong pergerakan Zionis, manakala Setiausaha Negara George Marshall bimbang sokongan A.S. ke atas negara Yahudi akan menjejaskan hubungan dengan dunia Islam, menyekat laluan bekalan minyak di Timur Tengah dan menyebabkan ketidakstabilan rantau itu. Pada 12 Mei 1948, Marshall berkata kepada Truman yang dia akan menentang pihak lawan dalam pilihan raya akan datang sekiranya A.S. bertindak mengiktiraf Israel.1 Akhirnya, Truman telah mengistiharkan kewujudan negara Israel hanya 11 minit selepas Israel diisytiharkan. Pengiktirafan rasmi telah diberikan pada 31 Januari 1949.
Dalam situasi geopolitik yang berbeza, polisi A.S. bertujuan menyokong pembangunan negara-negara pengeluar minyak yang bersikap berkecuali dalam konflik Arab-Israel, dan menghalang pengaruh Soviet bertapak di Iran dan Turki. Penggubal dasar luar Amerika telah menggunakan bantuan luar untuk menyokong matlamat-matlamat ini pada tahun-tahun 1950-an dan 1960-an.
Pada tahun-tahun awal, Amerika Syarikat telah membekalkan jumlah bantuan yang sederhana (kebanyakannya dalam bentuk pinjaman) ke Israel, dan penyokong utama Israel ketika itu seperti Perancis membekalkan teknologi ketenteraan canggih. Sokongan ini adalah untuk menentang ancaman dari Mesir di bawah Presiden Gamal Abdel Nasser mengenai terusan Suez.
Semasa krisis Suez pada tahun 1956, A.S. yang bimbangkan sokongan Soviet kepada Mesir, memaksa gencatan senjata ke atas Britain, Perancis, dan Israel. Kemudian, Nasser telah mencadangkan hubungan yang lebih erat antara negaranya dengan Amerika Syarikat. Oleh sebab mahu menyebarkan pengaruhnya di rantau itu, dan mencegah Nasser dari bersekongkol dengan Blok Soviet, polisi A.S. pada masa itu adalah untuk menjauhkan dirinya daripada Israel. Pada awal tahun 1960-an, A.S. bukan sahaja menjual senjata canggih kepada Israel (peluru berpandu anti pesawat Hawk), tetapi juga kepada Mesir dan Jordan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan