Ceritera Zionis 3

Dasar luar kerajaan
Pentadbiran Johnson (1963–1969)
Semasa pentadbiran Lyndon B. Johnson dasar luar A.S mula memihak sepenuhnya, tetapi tidak tanpa soal, pada Israel. Sebelum Perang Enam Hari pada tahun 1967, pentadbiran A.S. berusaha mengelak menunjukkan ia mempunyai ikatan ketenteraan dengan Israel.
Walaupun Pentadbiran A.S bersimpati dengan keperluan Israel untuk melindungi dirinya dalam perang tersebut, A.S. bimbang yang tindakan Israel akan melampaui batas dan berpotensi menyebabkan ketidakstabilan rantau Timur Tengah. Pengeboman Israel ke atas Jordan selepas Kejadian Samu turut membimbangkan A.S. disebabkan Jordan juga merupakan sekutu A.S. yang menerima dana sebanyak AS$500 juta.
Kebimbangan utama pentadbiran Johnson adalah sekiranya perang tercetus di rantau itu, Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet juga akan terlibat. Perbincangan diplomatik dengan negara-negara di rantau itu dan dengan pihak Soviet, termasuk penggunaan Hotline pertama, tidak mampu mengelakkan peperangan. Apabila Israel melancarkan serangan awal terhadap kelengkapan tentera udara Mesir, Setiausaha Negara Dean Rusk amat kecewa kerana dia berpendapat bahawa penyelesaian diplomatik boleh dicapai.
Semasa peperangan, kapal perang dan pesawat udara Israel telah menyerang sebuah kapal risikan Tentera Laut Amerika Syarikat, iaitu USS Liberty di perairan antarabangsa, sekaligus membunuh 34 orang dan mencederakan 173. Insiden itu disifatkan sebagai satu kesilapan oleh Israel, tetapi telah disangkal oleh Setiausaha Pertahanan Clack Clifford, Pengarah CIA Richard Helms dan CNO Thomas Moorer.
Buat kali pertamanya, Amerika Syarikat gembira melihat suatu negara demokrasi iaitu Israel, berjaya melumpuhkan kuasa ketenteraan negara-negara Arab yang disokong oleh Kesatuan Soviet. Selepas peperangan itu, Washington mempunyai persepsi negara-negara Arab telah memilih untuk bersekongkol dengan Sovet. Dengan itu pada tahun 1968, dengan sokongan padu Kongres, Johnson telah meluluskan penjualan pesawat Phantom II ke Israel, dan bermulalah sokongan Amerika untuk peningkatan kemampuan kuasa ketenteraan Israel melebihi jiran-jirannya. Pada masa yang sama, A.S. masih terus membekalkan senjata ke Lubnan dan Arab Saudi, untuk mengimbangi penjualan senjata Soviet di rantau
Pentadbiran Nixon dan Ford (1969–1974)
 Rancangan Rogers 1970
Pada 19 Jun 1970, Setiausaha Negara William P. Rogers mencadangkan Rancangan Rogers, yang memanggil untuk suatu gencatan senjata 90 hari dan zon bebas tentera pada kedua-dua belah terusan Suez. Ia merupakan suatu usaha untuk mencapai persetujuan dalam rangka Resolusi MKPBB 242, yang memanggil untuk pengunduran Israel dari kawasan-kawasan yang diduduki pada tahun 1967 dan pengiktirafan bersama kedaulatan dan kemerdekaan kedua-dua negara. Pihak Mesir menyetujui rancangan Rogers akan tetapi rancangan ini gagal kerana ketiadaan sokongan dari Israel. Tiada perkara yang berlaku selepas Presiden Sadat dari Mesir pada tahun 1972 tiba-tiba membuang penasihat-penasihat Soviet dari negaranya dan menyatakan kesediaan beliau untuk berunding.
Walaupun bimbang serangan dari Mesir dan Syria, Perdana Menteri Golda Meir membuat keputusan untuk tidak melakukan serangan pertama disebabkan bimbang akan memulaukan Amerika Syarikat yang mana diperlukan bagi Israel membekalkan semula ketenteraaannya. Syria dan Mesir kemudiaannya menyerang, dan memulakan Perang Yom Kippur.
Keputusan untuk tidak menyerang dahulu membuahkan hasil. Sekiranya Israel memulakan serangan, menurut Setiausaha Negara Henry Kissinger, mereka tidak mungkin menerima "walau paku pun". A.S. melakukan operasi strategik dari udara untuk menghantar senjata dan bekalan ke Israel yang kadangkala disebut sebagai "operasi yang menyelamatkan Israel."
Sekali lagi, A.S. dan pihak Soviet bimbang akan tertarik dalam konflik Timur Tengah. Selepas pihak Soviet mengugut akan campur tangan untuk membantu Mesir, A.S. meningkatkan Keadaan Pertahanan (DEFCON) dari empat ke tiga, peringkat tertinggi sewaktu ketiadaan perperangan. Pihak Soviet kemudian mengundurkan dirinya, dan Mesir menarik balik permintaannya untuk bantuan.
Selepas tentera Mesir tersekat di seberang terusan Suez, Kissinger kemudian menyedari bahawa situasi ini merupakan peluang terbaik A.S. kerana Mesir bergantung kepada A.S. untuk menghalang Israel daripada menghapuskan ketenteraannya, yang kini tiada akses ke makanan dan minuman. Keadaan ini bolehlah menjadi titik rundingan untuk membenarkan Amerika Syarikat memeditasikan pertikaian dan memaksa Mesir keluar dari pengaruh Soviet. Kemudiannya Amerika Syarikat memaksa Israel untuk tidak memusnahkan ketenteraan Mesir yang tersekat itu. Dalam satu panggilan telefon dengan duta Israel Simcha Dinitz, Kissinger memberitahu duta itu yang kemusnahan ketenteraan Mesir merupakan satu "pilihan yang tidak wujud".
Selepas perperangan, Kissinger memaksa Israel untuk memberikan tanah sebagai tukaran kepada perdamaian, dan sekaligus menyumbang ke arah fasa pertama perdamaian Israel-Mesir. Sokongan Amerika terhadap Israel menyumbang ke sekatan OPEC 1973 keatasnya, yang kemudian dimansuhkan pada bulan Mac 1974
Pentadbiran Carter (1977–1981)
Tahun-tahun Jimmy Carter didefinasikan penglibatan aktif A.S. dalam proses rundingan damai Timur Tengah, dan sebagai akibat, menyebabkan sedikit sebanyak pergeseran dalam hubungan dua hala A.S.-Israel. Proses-proses di Kem David yang dimulai Carter dilihat oleh sesetengah pihak Israel sebagai memaksa rundingan damai dengan Mesir untuk berundur dan menyebabkan risiko demi perdamaian dengan Mesir. Sokongan Carter untuk tanah air Palestin dan untuk hak politik Palestin menyebabkan pergeseran dengan Israel. Sesetengah pula berpendapat bahawa teks terakhir persetujuan di Kem David adalah bukti kejayaan Menachem Begin dalam menghadkan keperluan Israel dalam berunding dengan pihak Palestin.
 Pentadbiran Reagan (1981–1989)
Penyokong-penyokong Israel menyuarakan kebimbangan mereka pada awal pentadbiran Ronald Reagan mengenai potensi permasalahan dalam hubungan Israel-Amerika Syarikat, sebahagiannya kerana beberapa pilihan wakilnya punyai hubungan atau perniagaan bersama dengan negara-negara Arab (Setiausaha-setiausaha Caspar Weinberger dan George P. Shultz, umpamanya, merupakan pegawai di Bechtel Corporation, yang mempunyai hubungan erat dengan dunia Arab, lihat lobi Arab di Amerika Syarikat.) Tetapi sokongan peribadi Reagan untuk Israel dan keserasian perspektifnya dengan Israel atas isu keganasan, kerjasama sekuriti, dan ancaman Soviet, membuahkan peningkatan dalam hubungan dua hala.
Pada tahun 1981, Weinberger dan Menteri Pertahanan Israel, Ariel Sharon menandatangani Persetujuan Kerjasama Strategik, menubuhkan rangka kerja untuk konsultasi dan kerjasama secara terus menerus untuk meningkatkan keselamatan dalam negeri kedua-dua negara. Pada bukan November 1983, kedua-dua belah pihak membentuk Kumpulan Bersama Ketenteraan Politik, yang bertemu dua kali setahun, untuk mengimplimentasiikan kebanyakan peruntukan persetujuan itu. Kerjasama ketenteraan udara dan laut bermula pada bulan Jun 1984, dan Amerika Syarikat telahpun membina fasiliti-fasiliti untuk menyimpan peralatan ketenteraan di Israel. Meskipun perang Lubnan 1982 melihat perbezaan ketara antara polisi-polisi Israel dan A.S., seperti penggunaan senjata pembekalan A.S. dalam perang itu dan penolakan oleh Israel terhadap cadangan perdamaian Reagan pada 1 September 1982, ia tidak sedikitpun mengubah pendirian Pentadbiran dalam sokongannya terhadap Israel dan penekanan yang diberikannya oleh Amerika Syarikat.
Hubungan erat A.S.-Israel terus bertambah keeratannya pada penggal kedua pentadbiran Reagan. Israel diberikan status "sekutu bukan NATO penting" pada tahun 1987 yang memberikan akses pada perkembagan sistem senjata Amerika dan peluang untuk mendapat tender dalam kontrak pertahanan A.S. Amerika Syarikat terus memberikan bantuan dana kepada Israel pada kadar AS$ 3 bilion setahun dan mengimplimentasikan perjanjian perdagangan bebas pada tahun 1985. Semenjak itu semua cukai dan duti kastam antara kedua-dua negara ini telah dihapuskan.
Pada tahun 1985 sokongan A.S. untuk rancangan penstabilan ekonomi Israel diberikan dalam bentuk gran $1.5 bilion untuk dua tahun dan nasihat pengeksportan ekonomi.
Pada bulan November 1985, Jonathan Pollard, pekerja perisikan laut A.S. dan isterinya didakwa menjual dokumen rahsia sulit pada Israel. Empat pegawai Israel juga didakwa atas tuduhan yang sama. Kerajaan Israel mendakwa bahawa insiden ini tidak rasmi. Pollard dihukum penjara seumur hidup dan isterinya pula disabitkan dengan dua penggal lima tahun berturut-turut. Orang Israel membantah bahawa Pollard telah diberikan hukuman yang keterlaluan, dan mendukung kesengsaraannya. Pollard diberikan kerakyatan Israel pada tahun 1996 dan pegawai Israel kadangkala membincangkan kesnya dengan pegawai A.S., walaupun tiada tindakan susulan timbul.
Penggal kedua Reagan berakhir dengan apa yang dikatakan oleh ramai orang Israel suatu yang tidak disukakan kerana Amerika Syarikat bertindak membuka dialog dengan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) pada bulan Disember 1988. Tetapi, meskipun dialog itu berlangsung, dan kes perisikan Pollard tidak selesai, dan penolakan inisiatif perdamaian Shultz pada musim bunga 1988, pertubuhan-pertubuhan pro-Israel di Amerika menyifatkan Pentadbiran Reagan dan Kongres ke-100 Amerika Syarikat sebagai "yang paling pro-Israel setakat ini" dan memuji hubungan dua hala yang secara amnya baik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan